suria

Aunty Cina dah lama pendam hajat! Jeritan “baby mana” buat bapa tersentak - “Cepat-cepat suruh wife bawa anak keluar kereta”

Kongsi kegembiraan, Cempaka senang bila bersama seorang wanita warga emas berbangsa Cina itu.

MESKIPUN pelbagai isu perkauman dimainkan di laman sosial, seorang wanita Cina berjaya menepis stigma sedemikian dengan tindakannya yang menarik perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Twitter pada Rabu lalu, beberapa foto yang dimuatnaik oleh seorang bapa di akaun @hadi_nor meraih kira-kira 4,700 ulang kicau (Retweet) dan 6,800 tanda suka (like).

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami”

Dia menulis kapsyen: "Hari yang baik, langit yang luas. Dah nak start kereta tiba-tiba auntie ni jerit dari jauh 'baby mana?' Cepat-cepat suruh isteri keluar kereta bawa Cempaka jumpa aunty ni. Dah selalu dia agah Cempaka, hari ni tak tahan agaknya, minta nak dokong jap."

Posting Abdul Hadi tular di laman Twitter.

Menurut Abdul Hadi Mohd Nor, 37, dia sendiri tidak menyangka foto berkenaan menjadi tular kerana niatnya hanya ingin berkongsi kebahagiaan keluarga kecilnya dengan wanita berbangsa Cina itu.

"Ketika itu saya terburu-buru sebab nak hantar isteri ke tempat kerja, tiba-tiba aunty jerit dari jauh tanya 'baby mana', lepas tu saya suruh isteri keluar bawa Cempaka sebab aunty nak jumpa," kata Hadi sewaktu dihubungi mStar.

Abdul Hadi yang bekerja sebagai jurugambar perkahwinan mengakui sudah lama mengenali wanita itu yang juga jirannya di perumahan flat Pandan Mewah, Ampang, namun tidak berkesempatan bertanyakan namanya.

Kita sebenarnya terlalu fokus pada benda yang negatif sehingga mengaitkan isu rasis. Sampaikan benda-benda yang positif macam ni kita sanggup ketepikan. 

ABDUL HADI MOHD NOR

JURUGAMBAR PERKAHWINAN 

"Memang dari dulu lagi kami selalu bertegur sapa, boleh dikatakan masa isteri saya sedang mengandung lagi sampailah anak sulung kami dilahirkan. Mula-mula dulu Cempaka macam tak selesa, biasalah orang baru dan dia pun tak kenal lagi.

"Tapi, Alhamdulillah tengoklah sekarang Cempaka dah hampir lima bulan dan boleh dikatakan langsung tak meragam bila aunty datang main dengannya. Makin galak dan suka pula dia saya tengok," katanya mengenai anaknya yang dinamakan Chempaka Nur Lisa itu.

Cempaka, didukung ibunya kelihatan selesa bermain bersama wanita itu.

Menerusi foto yang dikongsi Abdul Hadi, Cempaka kelihatan sangat selesa ketika didukung oleh wanita warga tua itu setiap kali bertemu.

Bapa kepada seorang anak itu mengakui dia selesa hidup dalam masyarakat berbilang bangsa, biarpun terdapat individu yang tidak bertanggungjawab sering memainkan isu perkauman.

"Kita sebenarnya terlalu fokus pada benda yang negatif sehingga mengaitkan dengan isu rasis. Sampaikan benda-benda yang positif macam ni kita sanggup ketepikan, sedarlah kita pun bukan baru hidup dalam masyarakat berbilang kaum ini tapi sejak sebelum merdeka lagi," tegasnya.

Dalam pada itu, seorang wanita turut meninggalkan komen berhubung posting tersebut dan berkongsi pengalamannya bersama jiran berlainan bangsa.

Seorang wanita turut berkongsi kisahnya.

"Masa kecil ada jiran Cina dan rapat sangat dengan dia, sampai kita panggil dia mak nya iaitu mak+nyonya. Rindunya dah 20 tahun lebih tak jumpa," kongsi @shikinsharil.

Di samping itu, menurut beberapa netizen isu perkauman ini terjadi dek kerana pencampuran ideologi politik dalam masyarakat Malaysia.

"Entah la aku rasa kita aman je. Campur politik tu yang berpuak-puak," kata netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
perpaduan, rasis, kaum

Artikel Lain