suria

“Ada mesin basuh, jadi apa salahnya” - Gadis obses baju putih bengang rakan lelaki kutuk ‘taste’ fesyen

Anisa berkongsi mengenai kisah teguran itu menerusi Twitter.

SALAH ke pakai baju yang sama? Demikian persoalan yang terpacul dari mulut seorang gadis apabila dia ditegur seorang lelaki menerusi Instagram.

Menurut Nor Ain Anisa Mohamed, 18, dia tidak mengenali lelaki itu secara peribadi dan menyifatkan teguran berkenaan sebagai sesuatu yang agak menghina.

Menerusi Direct Message (DM) yang dihantar, lelaki berkenaan berkata: "Sebagai rakan saya mahu kata yang citarasa fesyen kamu teruk, kamu asyik pakai baju putih sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar 'syaitan' kerana obses mahu putih melepak

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Anisa menafikan asyik mengulang pakai baju putih yang sama, sebaliknya dia obses dengan warna itu dan mempunyai banyak helai baju putih.

"Lelaki itu dari Kuala Lumpur. Saya kenal dalam Instagram sahaja. Bila dia mesej tu, saya kata, apehal mamat ni?

"Apa salah saya pakai baju ni. Saya tanya salah ke pakai baju sama? Adakah baju ini beli pakai duit dia.

Nak tegur kena ada batasnya. Jangan main cakap tak fikir perasaan orang. Kalau pakai baju sama pun, ada mesin basuh, jadi apa salahnya?

NOR AIN ANISA MOHAMED

"Sekurang-kurangnya saya pakai baju. Rasa terhina la sikit, rasa nak marah tapi saya tak kisah sangat," ujarnya sewaktu dihubungi pada Rabu.

Menurut Anisa lagi, lelaki itu juga sudah menyekat akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Anisa berkata mana-mana pihak berhak memberi teguran namun biarlah ia berasas dan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati.

Perkongsian Anisa di Twitter.

"Pada saya agak biadab sebab dia tak tahu keadaan sebenar. Tegur cara pakaian boleh, tapi bila cakap macam tu, tak eloklah.

"Nak tegur kena ada batasnya. Jangan main cakap tak fikir perasaan orang. Kalau pakai baju sama pun, ada mesin basuh, jadi apa salahnya?" katanya lagi.

Anisa turut berkongsi semula paparan skrin teguran jejaka berkenaan menerusi laman Twitter.

Anisa kini bertugas sebagai pembantu dapur di Kuching, Sarawak.

"Amende s**l orang macam ni. Pakaian orang pun sibuk nak judge. At least pakai baju la b*** eii geram aku.

"Biar je dia, kata pakai harta mak bapak, semua boleh. S****l betul spesis gini," tulis beberapa individu di ruangan komen.

Anisa yang baru menamatkan pengajian dalam bidang kulinari kini bekerja sebagai pembantu dapur di Kuching, Sarawak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain