suria

Ibu bapa malu, remaja 15 tahun hidap HIV tak dapat diselamatkan - “Anaknya lembut sikit, mak ayah kurung dia dalam bilik”

Perkongsian kisah ini ternyata menerima perhatian ramai di Twitter.

SELAMA 10 tahun mengabdikan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), banyak kes yang sudah disaksikan sendiri oleh Hamli Hamdan.

Menurut Presiden Pertubuhan Suara Insan Sejagat (Persis) itu, kes-kes tersebut juga menjadi punca utama kenapa dia masih meneruskan usahanya dalam lapangan itu.

Terbaharu, perkongsian jejaka berusia 37 tahun itu menerusi Twitter menarik perhatian ramai. 

Dia pada Ahad berkongsi cerita mengenai seorang budak berusia 15 tahun yang dijangkiti HIV.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terpaksa teruskan hidup bersuamikan penghidap HIV! Bahagia 13 tahun musnah selepas suami buka akaun Facebook

ARTIKEL BERKAITAN: Ternyata cinta itu buta, pasangan HIV+ bahagia dikelilingi 4 cahaya mata

Bercerita lanjut kepada mStar, Hamli berkata kisah mengenai kanak-kanak malang itu berlaku sekitar tahun 2013.

"Ini antara kes yang team saya dapat, kami terima emel daripada budak itu. Dia bagitahu sedang sakit, dia sudah ada simptom HIV berdasarkan bacaan di blog.

Perkongsian Hamli di Twitter.

"Bila dia pergi hospital, memang ada HIV tapi mak ayah malu. Anaknya lembut sikit, mak ayah kurung dia dalam bilik untuk elak pandangan masyarakat.

"Sampai satu masa kita pergi dengan van untuk bawa dia ke hospital. Tapi bila mak ayah dia nampak kami, lagi marah dan mengamuk. Lepas bincang, baru dapat bawa anak mereka ke hospital," ujar Hamli.

Kalau lagi awal dapatkan rawatan, mungkin dia dapat diselamatkan. Ibu bapa tak tahu nak buat apa sebab rasa malu berbanding nak dapatkan rawatan.

HAMLI HAMDAN

PRESIDEN PERSIS

Menyambung kisah itu, dia berkata segalanya seakan-akan sudah terlewat kerana mangsa sudah pun dijangkiti beberapa penyakit bawaan HIV termasuklah kegagalan organ.

Lebih pilu, remaja itu kemudiannya menghembuskan nafas terakhir sekitar bulan Syawal pada tahun itu.

Hamli mengimbas kisah mengenai remaja itu menerusi laman Twitter miliknya pada Ahad lalu.

"Kalau lagi awal dapatkan rawatan, mungkin dia dapat diselamatkan. Ibu bapa tak tahu nak buat apa sebab rasa malu berbanding nak dapatkan rawatan.

"Ibu bapa perlu ada ilmu. Kalau nampak ada sesuatu yang tak kena dengan anak, perlu lebih peka. Misalnya, macam mana nak dapatkan rawatan?

"Kita banyak bercakap pasal pencegahan, tapi kalau dah terjadi, macam mana nak handle perkara itu?

Hamli menerusi Pertubuhan Suaran Insan Sejagat (Persis) banyak berdepan dengan kes sedemikian dalam masyarakat kita.

"Ada remaja seawal tingkatan satu kena HIV. Benda ni jadi terlambat sebab pendam. Macam mana kalau mak ayah, kawan-kawan tahu?

"Bila nak bantu, mak ayah tak nak bagi kerjasama sebab malu," katanya lagi.

Dalam pada itu, posting kisah Hamli mengenai remaja malang itu sehingga kini menerima lebih 3,800 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, rata-rata netizen turut menghujani posting itu dengan komen yang menyuarakan rasa sedih mereka atas nasib yang menimpa remaja berkenaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain