PENDEDAHAN seorang lelaki mengenai ilmu 'patahkan' zakar mengundang perhatian netizen.
Berkongsi cerita di media sosial, dia yang ingin dikenali sebagai Pak Din berkata, ilmu tersebut ditujukan kepada seorang lelaki yang didakwa telah mengganggu kebahagiaan rumah tangga seorang rakan baiknya.
"Teringat satu kisah kawan aku, jenis lembut hati dan baik. Dia bagi telefon, aku pun scroll pelan-pelan tengok gambar 'screenshot' yang penuh dengan sexting.
"Aku pun tanya dia tu WhatsApp siapa, dia cakap 'bini aku', aku pun tanya kenapa tunjuk dan baru dia cakap yang tu perbualan isterinya dengan lelaki lain," ujarnya memulakan cerita.

Isu kecurangan sering bermula di tempat kerja. -Gambar hiasan
Menurut Pak Din, rakannya mendapat tahu tentang kecurangan isteri selepas mendengar bunyi mesej masuk bertalu-talu pada suatu malam.
Bimbang perkara kecemasan berlaku, dia mengambil telefon isterinya untuk mengetahui kandungan kiriman mesej berkenaan.
Namun dia dikejutkan dengan mesej kata-kata rindu dan tidak sabar untuk bertemu isterinya, yang dikirim daripada nombor tidak dikenali.
"Kawan aku ni diamkan diri je dan buat copy WhatsApp sebab dia tahu isteri mesti delete.
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘bersama’, merungut isteri gemuk... Tiba-tiba kantoi beli alat besarkan kemaluan! Wanita syak abang ipar curang
ARTIKEL BERKAITAN: “Segala make up, foundation semua aku bagi!” - Suami kecewa isteri menggatal dengan penganggur, bercinta dalam Mobile Legends
"Aku pun tanya berapa lama dah dia dok intip dan dia cakap dah sebulan, dalam tempoh tu empat kali isterinya 'main' (hubungan seks).
"Aku ajak dia pergi rumah lelaki tu tapi kawan aku ni jenis penakut dan fikirkan keadaan anak, dia kalau boleh nak penyelesaian yang tak mudaratkan anak dia," tambah Pak Din sambil menambah dia tidak mahu rakannya itu digelar dayus.
Melihat keadaan rakannya yang buntu dan terluka dengan insiden yang berlaku, Pak Din mula mengendurkan kata-kata supaya dapat membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.
- Pak Din bongkar kisah rakan baiknya yang jadi mangsa kecurangan isteri selama sebulan.
- Isteri kantoi seks dengan lelaki lain sebanyak empat kali.
- Rakan Pak Din enggan bertindak agresif kerana fikirkan anak.
- Pak Din guna ‘ilmu patahkan zakar’ terhadap lelaki terbabit.
- Lelaki sasaran didakwa bercerai dan tidak meminta maaf hingga kini.
Tambahan pula, rakannya mengaku masih menyayangi isteri dan keluarga kecil mereka.
Lebih menambah rasa sedih apabila rakannya menyalahkan diri sendiri dan merasakan bahawa dia adalah punca kecurangan isteri.
"Aku sayang isteri, famili aku, mungkin salah aku tak bagi perhatian pada dia.
"Aku kata tepuk sebelah tangan tak bunyi, dalam bulan ni dah empat kali kantoi... tu bukan tepuk tangan dah, tu lari dalam guni.

Antara reaksi netizen.
"Dia siap percaya peluang kedua dan nak bagi pada isteri dia, jadi aku pun minta persetujuan dia untuk kepak (patahkan) zakar lelaki tu," ujarnya lagi.
Menurut Pak Din, ilmu yang digunakan itu boleh menyebabkan alat sulit lelaki terbabit tidak berfungsi sehingga akhir hayat.
Tambah Pak Din lagi, dengan hanya menggunakan gambar lelaki terbabit dan persetujuan rakannya, dia dapat menujukan ilmu 'patahkan' zakar kepada sasaran.
"Macam prinsip aku, tak semua benda boleh bagi peluang kedua. Lidi yang aku guna untuk bagi 'patah' tu masih ada lagi.
"Aku simpan sebab kalau dia dah bertaubat dan minta maaf pada rakan aku, aku akan kembalikan 'barang' dia.
"Tapi dah beberapa tahun, mungkin dia malu dan dengarnya dah bercerai," ujarnya sambil menasihati kaum Adam supaya tidak mengganggu isteri orang.


