suria

Isteri alami gangguan paranoid lepas jumpa video lucah, kerap terjaga tengah malam... Celik mata terus periksa telefon suami

Isteri pasti sedih jika mengetahui suami melakukan perkara terkutuk. -Gambar hiasan

KEJUJURAN adalah kunci utama untuk membina rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Namun, perkahwinan boleh runtuh apabila seseorang memilih untuk tidak jujur dan melakukan perkara terlarang di belakang pasangan.

Di aplikasi Thread, seorang wanita mendedahkan dia mengalami trauma selepas menemui video tidak senonoh dalam telefon suaminya.

Posing pictures of Insomnia or Sleeping Disorder. (JULT 2 2023) — ART CHEN/The Star

Wanita yang mengalami masalah rumah tangga mungkin sukar untuk tidur lena. -Gambar hiasan

"Saya dah jadi paranoid. Sejak jumpa video 18SX dalam telefon dia, tidur saya tak pernah lena.

"Pukul 2 atau 3 pagi, mesti terjaga. Ambil telefon dia dan saya akan buka. Dah berbaik pun dengan dia. Saya tak tanya apa-apa pun dengan dia," tulisnya.

Wanita itu bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya video itu milik orang lain atau membabitkan suaminya sendiri.

  • Wanita trauma selepas jumpa video tidak senonoh dalam telefon suaminya.
  • Dia menjadi paranoid, kerap terjaga malam untuk memeriksa telefon suami.
  • Wanita itu tidak bertanya lanjut tentang hal itu dan memilih untuk diam.
  • Wanita itu terpaksa meneruskan kehidupan seperti biasa demi anak-anak.
  • Netizen menasihati agar dia bersuara supaya tidak terus tertekan.

Di sebalik luka yang menggores hati, wanita itu berkata dia tetap meneruskan kehidupan kerana enggan ia memberi impak terhadap anak-anak.

"Kuatkan semangat je teruskan kehidupan macam biasa. Takkan nak biar anak tengok ibu ayah mereka masam muka sepanjang waktu?

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lacurkan isteri... Pasangan turut rakam, jual video porno

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”

"Tapi itulah. Perangai terjaga dan fikir bukan-bukan ni dah tak boleh buang. Mesti terjaga dan curi baca. Seksa perasaan macam ni," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap pengadu yang kini hidup tidak tenang angkara perbuatan suaminya.

Namun, rata-rata pelayar Thread meminta wanita itu agar bersuara dan mencari penyelesaian agar masalah berkenaan tidak menghantui kehidupannya.

Wujud golongan suami yang tidak menghiraukan perasaan seorang isteri. -Gambar hiasan 

"Itu trauma yang suami dah cipta dekat awak. Kesian awak kena hadap. Orang yang buat salah santai je tidur lena.

"Suarakan. Kenapa nak pendam derita sehingga akhirnya awak tertekan? Orang lain sedap-sedap, orang lain yang stres.

"Sampai bila nak pendam? Awak ada anak-anak. Mereka akan perhati apa yang berlaku," tulis netizen.

Artikel Lain