suria

Suami lacurkan isteri... Pasangan turut rakam, jual video porno 

Lokasi suami isteri itu melakukan aktiviti persundalan. -Foto PDRM

SEPASANG suami isteri disyaki merakam dan menjual kandungan porno di media sosial ditahan dalam serbuan di sebuah hotel empat bintang di Shah Alam, Selangor, awal pagi Rabu.

Bapa kepada empat anak itu  turut disyaki melacurkan isterinya dengan harga RM450 ke RM800 bagi satu sesi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pasangan berusia 34 tahun itu menjual video porno menerusi Telegram pada harga RM50 bagi saluran kandungan privasi dan RM150 bagi saluran kandungan privasi VVIP. 

"Pasangan itu menyasarkan pengguna X untuk menjual video lucah dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suami dan akan menggunakan Telegram sebagai medium perbualan.

"Pelanggan yang membeli atau melanggan video lucah akan diberikan pautan di Telegram untuk mendapatkan akses penuh kandungan lucah berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bagi perkhidmatan seksual, dia berkata slot khas akan diaturkan oleh suami yang hanya dibuka dua hari seminggu dan suspek mendakwa mampu mengaut keuntungan hingga RM6,400 seminggu.

Menurut Rusdi, hasil soal siasat suspek lelaki mendakwa menerima wang bagi penjualan video lucah secara bayaran dalam talian dan kod QR atau tunai.

Suspek turut menawarkan perkhidmatan seksual bersama isterinya.

Katanya, suspek lelaki juga berperanan sebagai pencipta kandungan dan mempromosikan hasil kerja lucah mereka menggunakan telefon bimbitnya.

"Suspek wanita yang berperanan sebagai pelacur memainkan watak utama dalam video lucah terbabit bagi membantu melariskan jualan video berkenaan serta menarik minat pengikut mereka di media sosial.

"Suspek mendedahkan aktiviti slot seks hanya dijalankan di sebuah hotel sejak Jun 2024 hingga kini," katanya.

Rusdi berkata hasil keuntungan daripada penjualan video lucah dan perkhidmatan seks akan dikongsi secara bersama antara suami isteri tersebut.

Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 (1)(e), Seksyen 372B dan Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Artikel Lain