suria

Dulu nakal malas mengaji, wanita ambil masa lama belajar Iqra - "Usia 45 tahun akhirnya saya naik al-Quran"

Wanita ini menerima ucapan tahniah daripada netizen selepas berkongsi berita gembira menerusi Thread.

SEORANG wanita menerima komen positif selepas berkongsi kisahnya yang mengambil masa selama enam tahun untuk menamatkan pengajian Iqra.

Dalam hantaran tular itu, Alin Khairil Ghey turut berkongsi berita gembira yang dia kini sudah memulakan pengajian al-Quran.

"Alhamdulillah, hari ni berjaya habiskan Iqra. Bukan mak bapa tak hantar mengaji tapi kitanya nakal. Masuk umur 36 nak join orang mengaji tapi malu sebab alif ba ta pun tak kenal. 

"Dalam diam usaha belajar sana sini. Mencabarnya. Nak habis Iqra ni ambil masa enam tahun. Belajar stop belajar stop. 1 Mac 2025 saya nekad ulang lagi Iqra 1. 

"Hari ni usia 45 tahun akhirnya saya naik al-Quran. Gembiranya. Tak pernah terlambat untuk bermula," kongsi wanita itu.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji kesungguhan wanita itu dan memberi kata-kata semangat agar dia terus istiqamah.

"Alhamdulillah, tahniah. Semoga kami yang lain pun ada kekuatan macam sis.

"Tahniah. Akak dulu belajar al-Quran umur 26. Belajar dengan guru dari alif ba ta sampai khatam selama empat tahun.

"Allahuakhbar. Tiada yang terlambat. InsyaAllah, kalau nak, semua boleh," antara komen netizen.

 

Artikel Lain