suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ditembak depan sekolah ketika tunggu anak

Kesan tembakan pada cermin hadapan bahagian pemandu.

SEORANG lelaki ditembak ketika sedang menunggu di dalam keretanya di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior dekat Butterworth, pada Selasa.

Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 petang itu, mangsa dilaporkan terselamat. 

Ketika kejadian, mangsa dipecayai sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditembak di hadapan kedai, cermin ditembusi 6 butir peluru

Menurut maklumat awal, mangsa dipercayai diserang dua individu menaiki motosikal, yang kemudian melepaskan tembakan pada cermin depan bahagian pemandu.  

Polis kini sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan. -The Star

Artikel Lain