suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut ditembak di hadapan kedai, cermin ditembusi 6 butir peluru

Polis menjalankan siasatan di lokasi kes tembakan membabitkan seorang lelaki di Meru, Klang pada petang Jumaat.

SEORANG lelaki ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda akibat ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang, petang Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tembakan di Lorong Mahang 1, Taman Meru Utama, pada pukul 3.37 petang.

Hasil siasatan awal, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 46 tahun ditemukan dalam keadaan mengiring serta berlumuran darah di tempat duduk pemandu.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 lelaki bersenjata ditembak mati, terbabit lebih 70 kes jenayah samun

Petugas perubatan kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat ASP M. Sathiyaseelan di talian 012 5197913 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook memuat naik satu hantaran mengenai kejadian berkenaan, memaparkan keadaan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang ditembak pada bahagian cermin pemandu. 

"Orang Meru hati-hati... kes tembak baru je berlaku di Jalan Mahang," tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kelihatan lokasi kejadian dikawal oleh pihak polis yang menjalankan siasatan. 

Artikel Lain