suria

“Staf perempuan memang suka cakap belakang ke?” - Wanita terkejut realiti dunia pekerjaan, depan mesra kemudian mengata!

Pelbagai konflik terpaksa dihadapi ketika berada di tempat kerja. -Gambar hiasan

BARU dua minggu memulakan tugas, seorang wanita dikejutkan dengan budaya 'cakap belakang' dalam kalangan staf di tempat kerja.

Katanya dalam satu hantaran di Threads, sepengetahuannya semua pekerja di situ memberikan layanan mesra kepadanya dan tidak menunjukkan sebarang masalah atau rasa kurang senang.

Namun, dia terkejut apabila diberitahu oleh seorang pekerja lain bahawa terdapat staf senior yang marah dan tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Banyak perkara perlu dipelajari sebagai pekerja baharu. -Gambar hiasan

"Kerja dengan staf perempuan memang suka cakap belakang ya? Tak ada seorang pun yang pernah tegur salah saya.

"Tahu-tahu ada pekerja beritahu saya, katanya akan senior marah sebab buat silap. Terkedu saya. Dah kenapa tak boleh tegur secara berdepan?

"Banyak je lagi kesalahan saya buat, mereka tahu je saya yang buat tapi kenapa masih nak tanya dalam group," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja setia tak puas hati majikan pilih kasih, staf baharu dapat gaji tinggi! - “Masalahnya saya kena ajar dia kerja”

Ujar wanita itu sejak sewaktu sesi temuduga dia sudah mengakui tiada pengalaman dalam bidang berkenaan dan menjangkakan akan melakukan banyak kesalahan dalam tempoh belajar dan menyesuaikan diri.

Justeru, sejak awal lagi dia meminta agar ditegur secara berdepan sekiranya melakukan kesilapan.

"Tegur la saya, tak perlu tanya secara terbuka siapa buat sedangkan kau tahu aku yang buat. Aku tahu akan buat salah.

  • Seorang staf baharu bekerja kecewa kerana menjadi mangsa 'cakap belakang' rakan sekerja.
  • Dia diberitahu ada staf senior marah atas kesilapannya tetapi tidak menegur secara berdepan.
  • Wanita itu sudah maklum tiada pengalaman dan meminta ditegur terus jika tersilap.
  • Dia kesal kerana dianggap mampu buat semua kerja dengan betul hingga dijadikan bahan mengata.
  • Netizen memberi nasihat supaya berhati-hati dengan rakan sekerja yang suka mengorek cerita.

"Tak ada siapa sempurna masa buat kerja pertama mereka. 

"Jangan la ingat saya masuk kerja terus pandai buat semua sampai nak mengata di belakang, benci la," ujarnya lagi.

Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang bersimpati dan memahami kesedihan dialami individu berkenaan.

Dalam pada itu juga, ada yang menasihati agar wanita ini berhati-hati dengan rakan sekerja yang suka menjadi 'penyampai' cerita.

Antara netizen yang turut membalas komen wanita ini.

"Ni namanya suka pukul belakang. Orang lain kalau tak puas hati, cakap depan-depan. Lagi sakit hati dengar daripada mulut orang lain.

"Maki je jenis macam ni. Kena dekat aku memang aku bahasakan je. Nampak aku buat kerja salah, tegur la. Ni tak, mengata belakang. Panas aku jenis macam ni.

"Selamat datang ke dunia pekerjaan. Dunia saling memijak untuk naik. Aku tikam kau, kau tikam aku. 

"Tipnya... yang paling lidah lembik, terpaling ambil berat, suka korek cerita tu la yang paling seram. All the best," komen beberapa netizen.

Artikel Lain