suria

Adik raih keputusan cemerlang SPM, STPM... Kakak jadi saksi satu persatu doa ibu jadi kenyataan

Doa ibu sentiasa mengiringi seorang anak, apatah lagi ketika pertama kali berpisah untuk menyambung pengajian. -Gambar hiasan

KITA sering mendengar ayat 'kata-kata itu adalah satu doa'.

Ayat itu bermaksud, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita boleh memberi kesan, sama ada membawa kebaikan atau sebaliknya.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nonimadihah turut berkongsi kisah tentang doa ibunya yang menjadi kenyataan.

Education Minister visiting schools on SPM results release day. SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi). — YAP CHEE HONG/The Star

Setiap ibu pastinya mahu melihat anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. -Gambar hiasan

Menurut Nonimadihah, adik perempuannya diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagaimana yang sering disebut-sebut oleh ibunya.

"Kisah benar. Saya ada seorang adik. Sejak tingkatan lima, setiap hari ummi panggil dia cikgu. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia dapat 6A. Ikutkan boleh sambung diploma.

"Tapi dia ambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Masa STPM ummi selalu cakap nanti dia masuk UPSI jadi cikgu Geografi. Hari result STPM keluar, adik ada interview UPSI.

Mulai hari ini, panggil anak dengan panggilan yang baik baik. Jangan sesekali caci maki anak.

NONIMADIHAH

"Masa interview, saya, ummi dan seorang lagi adik tak putus selawat dan doa. Selang empat bulan, adik lapor diri di UPSI untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi)," kongsinya.

Tambah Nonimadihah, adiknya turut dinobatkan sebagai pelajar cemerlang STPM.

Kejayaan demi kejayaan adiknya itu benar-benar membuktikan kuasa doa, apatah lagi jika diungkapkan oleh seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu nak berhenti lepas 5 tahun kerja, tak mampu teruskan... Makin serabut disuruh tubuh pasukan ragbi perempuan di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!

"Apa yang saya nak beritahu, kata-kata emak itu adalah doa. Bayangkan bertahun ummi panggil dia cikgu Geografi dan Alhamdulilah Allah makbulkan. Mulai hari ini, panggil anak dengan panggilan yang baik-baik.

"Jangan sesekali caci maki anak. Alhamdulilah saya ada seorang ummi yang penyayang, sabar, tak mudah marah. Terima kasih Allah untuk nikmat ummi yang baik," tulisnya menerusi perkongsian itu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi perkara sama yang dilalui mereka.

A situation secondary school with students arrive at the morning during reopened after long holidays in conjunction of Chinese New Year at Rawang.— FAIHAN GHANI/The Star

Keputusan peperiksaan yang cemerlang pastinya akan membahagiakan ibu bapa. -Gambar hiasan

"Saya panggil anak saya hafizah. Alhamdulillah sekarang dia paling tinggi hafazan dekat sekolah.

"Saya selalu panggil anak kedua panglima sebab dia lasak. Sekarang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Sama, abah selalu sebut saya sesuai jadi cikgu. Alhamdulillah, sekarang dah jadi cikgu," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain