suria

Lepasan SPM ‘resign’ lepas 4 hari kerja, lenguh berdiri lama... Ibu serang majikan minta bayar gaji, ugut saman!

Setiap pekerja perlu meneliti kontrak atau surat tawaran dengan teliti terutama berkaitan gaji, sebelum menerima pekerjaan. -Gambar hiasan

BERDEPAN dengan kerenah pekerja sememangnya antara cabaran terbesar majikan atau pihak atasan.

Boleh pening kepala dibuatnya lebih-lebih lagi jika ada yang membangkitkan isu tertentu atau menegakkan hak sebagai pekerja, sedangkan mereka salah faham mengenai terma dan syarat ditetapkan syarikat.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengusaha bakeri mengenai kerenah pekerjanya yang berhenti secara mengejut tanpa memberi notis.

Apa yang membuatkan dia bertambah geram, ibu kepada bekas pekerja tersebut tiba-tiba 'menyerangnya' kerana mendakwa dia tidak membayar gaji sepanjang beberapa hari anaknya bekerja.

"Masa interview kerja, kami dah beritahu, kami perlukan pekerja untuk production projek raya dua bulan. Dua bulan sahaja.

gaji 1

Tangkap layar perbualan antara pengusaha bakeri dan ibu kepada bekas pekerja.

"Bukan senang nak train orang baru yang kosong experience jadi kami bagi syarat kalau nak kerja, tarik diri dalam tempoh percubaan iaitu satu minggu takkan dapat gaji.

"Masa interview setuju. Lepas tu tarik diri hari keempat, tak ada notis apa. Minta gaji empat hari anaknya kerja.

"Tak sempat production, baru briefing to production, dah minta berhenti kata kerja penat. Berdiri lama, mengeluh," tulisnya dalam hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuduga terkejut calon kerja Gen Z terlalu berani, mesej di WhatsApp minta pinjam RM1,500 - “Saya bukan kawan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Calon pekerja Gen Z mungkir janji, tak muncul sesi temu duga... Paling mengejutkan siap ‘block’ bakal majikan di WhatsApp!

Bersama hantaran berkenaan, dia turut memuat naik tangkap layar imej perbualan bersama ibu kepada bekas pekerjanya itu.

Menerusi perbualan itu, individu berkenaan juga mengugutnya untuk mengambil tindakan undang-undang jika gaji anaknya selama empat hari tidak dilunaskan.

"Dari awal dah beritahu, kami bukan gaji hari tapi gaji per projek. Kalau dia tarik diri projek belum mula macam mana nak bayar gaji.

"Mak dia marah kita kenapa tak beritahu awal-awal dekat parents terma syarat pasal gaji. Saya cakap 'maaf puan, kami berniaga bukan institusi tempat pengajar kena inform parents satu, satu. Kami bayar gaji dekat pekerja jadi kami beritahu pekerja'.

"Segalanya dalam surat perjanjian yang sepatutnya di tandatangan lepas tempoh percubaan. Tapi tak sempat apa-apa dia dah tarik diri," kongsinya.

Besar dah lepas SPM carilah kerja sendiri. Ini semua suruh mak. Lepas tu tahan penat terus quit. Adoilah anak muda.

NETIZEN

Sekadar berkongsi di laman sosial, pengusaha bakeri tersebut berkata insiden berkenaan benar-benar menjadi pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati dalam soal pengambilan pekerja kelak.

"Pengajaran, jangan bagi kerja dekat orang yang mak dia datang tolong minta kerja. Kalau tak, jadi macam ni," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur namun kebanyakannya menyarankan supaya pengusaha bakeri tersebut tidak gentar dengan ugutan berkenaan.

KOMEN GEJI

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Berdasarkan pengalaman, pekerja yang parents diaorang tolong mintakan kerja, tolong reject terus. Emaknya datang mengherdik dan tengking bawa segerombolan keturunan.

"Lepas ni hire orang berusia 30 tahun ke atas saja. Sebab kita hire orang yang memang nak cari duit bukan saja try test.

"Besar dah lepas SPM carilah kerja sendiri. Ini semua suruh mak. Lepas tu tahan penat terus quit. Adoilah anak muda," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain