suria

Remaja perempuan lempang suami orang, tuduh curi-curi pandang waktu makan angin tepi pantai di Terengganu

Gangguan jiwa atau fikiran boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan AI

SETIAP keluarga mempunyai ujian dan kisah tersendiri.

Biarpun kelihatan normal pada luaran, namun hakikatnya tiada siapa mengetahui masalah yang dialami, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita mengenai satu kejadian tidak dijangka, lima tahun lalu.

"Aku nak throwback balik masa kami pergi holiday ke Terengganu, masa tu dekat Pantai Batu Burok.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini berdepan ujian sukar sebelum kahwin! Semua ahli keluarga perlu merasa Covid-19, mula-mula tunang kemudian nikah pula ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdosa rupanya jika kita miskin” - Bisnes lingkup, ibu tunggal anak 5 dibuang keluarga sendiri... Majlis makan-makan pun tak jemput

"Tiba-tiba ada seorang budak (remaja) perempuan ni datang dekat laki (suami) aku, bagi pelempang free. Budak tu cakap laki aku pandang-pandang dia. Laki aku tengah dukung anak. Laki aku macam blur kejap.

"Aku pun tanya budak tu... apa hal ni tiba-tiba datang serang laki aku? Angin tak ada, ribut, hujan atau puting beliung pun tak ada, tiba-tiba tampar orang," kongsinya dalam satu hantaran di Threads. 

  • Seorang wanita berkongsi kisah suaminya pernah ditampar secara tiba-tiba oleh seorang remaja perempuan.

  • Insiden berlaku ketika suaminya sedang mendukung anak mereka.

  • Keluarga remaja tersebut segera minta maaf dan menjelaskan bahawa adik perempuan mereka sakit.

  • Wanita itu bersimpati setelah mengetahui cerita sebenar.

  • Kisah itu memberi pengajaran bahawa jangan cepat menghukum atau menilai kerana setiap keluarga mempunyai ujian.

Dalam situasi yang sedikit kecoh, wanita itu berkata, keluarga remaja berkenaan segera menghampiri mereka dan memohon maaf atas tindakan tidak dijangka itu. 

Ujarnya, perasaan marahnya ketika itu kemudian bertukar menjadi sedih dan simpati selepas mendengar penjelasan keluarga remaja berkenaan. 

Kaedah rawatan Islam adalah antara ikhtiar jika seseorang mengalami masalah berkaitan gangguan. -Gambar hiasan AI

"Katanya adik dia tu sakit dan tengah berubat. Sakit macam mana pun aku tak tahu. Muda lagi budak tu, dalam umur 15 tahun masa tu, cantik macam orang Arab.

"Ujian masing-masing, family budak tu cerita dah banyak tempat mereka pergi berubat. 

"Kesian laki aku, sudahlah kena lempang free, aku pula ada termarah dekat dia," kongsinya. 

Sekadar berkongsi cerita, wanita tersebut berkata kisah berkenaan memberi pengajaran kepadanya agar tidak cepat menghukum atau menilai orang lain tanpa mengetahui cerita sebenar.

Artikel Lain