suria

Wanita ini berdepan ujian sukar sebelum kahwin! Semua ahli keluarga perlu merasa Covid-19, mula-mula tunang kemudian nikah pula ditangguh

Majlis pernikahan Ain terpaksa dianjak selepas empat ahli keluarga termasuk ibunya positif Covid-19.

BAK kata pepatah, manusia hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Siapa sangka, hari bahagia wanita ini yang sekian lama dirancang akhirnya terpaksa dianjakkan selepas ibu dan beberapa ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan memuat naik video menunjukkan persiapan yang hampir lengkap untuk majlisnya dan kemudian detik di mana dia dan ahli keluarganya dipakaikan gelang kuarantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk PPV nak cucuk vaksin, pengantin terkejut ada ‘majlis’ kahwin dirancang... siap ada show silat, kompang - “Nasib baik kami nikah betul-betul”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak vaksin, lepas tu terus kahwin! Pengantin muncul di PPV tak hirau diri jadi perhatian, disangka pakai kostum - “Macam mana nak cucuk pakai baju nikah?”

"Ikhlaskan hati dan reda... InsyaAllah akan indah pada waktunya," demikian kapsyen pada video yang sehingga kini meraih melebihi 66,300 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, dia hanya mahu dikenali sebagai Ain Syaf berkata, ibu dan tiga adiknya disahkan positif Covid-19 seminggu sebelum majlis pernikahannya yang dijadualkan pada 6 November.

"Selepas makcik positif, adik saya alami simptom demam. Kami buat ujian calitan dan keputusannya, mama dan tiga adik saya positif. Saya pula negatif tapi perlu jalani kuarantin di rumah.

"Mama terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sudah tentu ketika itu saya susah hati dan agak 'down' juga. Macam mana nak fikir soal majlis sedangkan emak sendiri dekat hospital dan adik-adik pula demam.

covid 4

Ibu dan tiga orang adik Ain positif Covid-19 menjelang seminggu sebelum majlis pernikahannya yang dijadualkan pada 6 November.

"Keadaan mama masa tu juga tak stabil, oksigen naik turun. Agak pressure jugalah sebab banyak benda nak kena fikir," ujarnya yang berusia 20 tahun dari Banting, Selangor, ini.

Menurut Ain, ibunya dirawat selama kira-kira dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang pada Isnin lalu.

"Alhamdulillah semuanya dah sihat... cuma mama sekarang dalam proses nak pulih betul-betul. Selepas berbincang, majlis saya diteruskan dan akan berlangsung pada Sabtu ini, 20 November," kata anak kedua daripada tujuh adik beradik ini.

covid 2

Ain sekeluarga perlu menjalani kuarantin di rumah selepas ibu dan tiga adiknya positif Covid-19.

Bercerita lebih lanjut, Ain yang juga penuntut Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Raub, Pahang, berkata apa yang berlaku baru-baru ini adalah ujian kedua yang berlaku tanpa dijangka menjelang hari penting dalam hidupnya.

"Tanggal 6 Februari lalu sepatutnya majlis pertunangan saya, namun siapa sangka, saya positif Covid-19 pula. Jadi terpaksa anjak majlis kepada 6 Mac. Ketika itu bapa, saya, abang dan dua adik yang dijangkiti. Kiranya kami 'batch pertama' dalam keluarga yang kena.

Alhamdulillah semuanya dah sihat. Selepas berbincang, majlis saya diteruskan dan akan berlangsung pada Sabtu ini, 20 November.

AIN SYAF

"Sekarang ni mama dan tiga adik yang lain pula 'batch kedua'. Jadi sembilan ahli keluarga saya termasuk mama dan ayah semua dah merasa kena Covid-19.

"Masa tu saya terpaksa dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) sebab berada pada tahap 3. Enam hari juga dikuarantin di sana," ujarnya.

Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Ain meluahkan rasa terharu kerana menerima kata-kata semangat dan sokongan daripada warga maya.

covid 3

Majlis pertunangan Ain turut dianjak selepas dia positif Covid-19 pada Februari lalu.

"Apa yang boleh saya katakan, ujian tu setiap orang ada. Ingatlah, ia akan indah pada waktunya. Nak berfikiran positif tu nampak macam senang tapi susah sebenarnya.

"Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang beri sokongan dan kata-kata semangat. Terharu juga bila ramai doakan. Jangan lupa jaga kesihatan dan patuhi SOP di mana sahaja kita berada," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain