suria

Nak vaksin, lepas tu terus kahwin! Pengantin muncul di PPV tak hirau diri jadi perhatian, disangka pakai kostum - “Macam mana nak cucuk pakai baju nikah?”

Pasangan ini menjadi tular gara-gara mengenakan busana nikah sewaktu hadir ke PPV baru-baru ini.

"SUNGGUHPUN terkejar-kejar masa, namun ia menjadi antara pengalaman manis yang tak akan dilupakan."

Demikian kata Syazwina Sam yang berkongsi kisah mengenakan busana nikah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan dos kedua pada 4 Ogos lalu.

Bercerita kepada mStar, wanita ini berkata dia sama sekali tidak menjangka tarikh pernikahannya serentak dengan tarikh suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju kerja pun boleh! Pasangan PKP 1.0 buat keputusan nikah dalam masa kurang 3 jam, sehari sebelum PKP 2.0 - “Saya tunduk menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri kahwin batal tapi pasangan ini tetap seronok jadi pengantin PKP... siap agih nasi tomato, paling sempoi jimat hampir RM4,000!

"Mula-mula kami dapat tarikh nikah daripada pejabat agama yang ditetapkan pada 4 Ogos, pukul 12 tengah hari. Pada 14 Julai, saya terima suntikan dos pertama dan selepas itu petugas di PPV beritahu bahawa tarikh dos kedua jatuh pada 4 Ogos iaitu selang tiga minggu daripada hari berkenaan.

"Waktu temu janji suntikan pula ditetapkan pada 2.30 petang. Saya pun beritahu petugas tu, boleh tak saya nak anjak tarikh sebab saya nikah 4 Ogos. Tapi petugas itu kata PPV beri kelonggaran, boleh je datang waktu pagi sebelum bernikah.

"Jadi saya fikir tak mengapalah, nanti kalau anjak tarikh, lambat pula dapat temu janji seterusnya," cerita wanita berusia 26 tahun ini yang menetap di Cheras.

Menurut Syazwina, dia bangun lebih awal untuk disolek sebelum bergegas ke PPV KLCC pada pagi 4 Ogos itu dengan mengenakan busana putih kerana mahu terus menuju ke Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas selesai menerima suntikan.

vaksin baru 3

Syazwina dan suami sejurus selepas selesai diijabkabulkan di Pejabat Jawi, 4 Ogos lalu.

"Saya tiba di PPV KLCC pada pukul 10 pagi dengan ditemani suami yang juga lengkap berbaju Melayu warna sedondon. Sebenarnya saya seorang je yang terima suntikan.

"Masa sampai tu, saya perasan dah banyak mata yang memandang tapi saya memang tak beri perhatian sebab nak selesaikan urusan cepat-cepat. Tapi ada yang sempat tanya 'pakai kostum ke kak?' Saya jawab bukan kostum tapi nak pergi nikah selepas ni. Mereka pun terkejut.

vaksin baru 1

Pasangan mempelai ini ditemani ahli keluarga terdekat sewaktu bernikah di Pejabat Jawi.

"Syukur urusan saya dipermudahkan kerana mendapat kerjasama cukup baik daripada pihak PPV. Selepas selesai, terus kami bergegas ke pejabat Jawi pula untuk urusan ijab kabul," ceritanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercerita lebih lanjut, Syazwina berkata dia sama sekali tidak menyangka kisahnya menjadi tular gara-gara berbaju nikah ketika menerima suntikan.

"Saya memang tak expect langsung nak viral atau sebagainya. Saya tahu kisah saya viral pun keesokannya selepas ada rakan yang tag, selepas video saya dimuat naik oleh sukarelawan di PPV itu.

Masa sampai tu, saya perasan dah banyak mata yang memandang tapi saya memang tak beri perhatian sebab nak selesaikan urusan cepat-cepat.

SYAZWINA SAM

"Bila dah viral, macam-macam pertanyaan diajukan netizen. Paling ramai tanya, macam mana nak cucuk kalau pakai baju nikah. Sebenarnya tak ada masalah pun sebab baju ni ada zip di belakang. Buka sedikit saja dan di bahagian dalam masih mengenakan singlet.

"Ada juga netizen yang kata sebenarnya boleh je anjak tarikh... tapi saya fikir tak ada masalah untuk saya suntik sebelah pagi, lagi pula PPV pun beri kelonggaran.

vaksin baru 2

Syazwina dan suami bersyukur majlis pernikahan mereka berjalan lancar meskipun hanya dihadiri kaum keluarga.

"Bukan tak boleh suntik selepas selesai nikah... tapi sebenarnya selepas nikah, kami ada appointment dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula. Jadi dari pagi hingga petang memang kelam kabut! Syukur semuanya dipermudahkan dan kami boleh tarikh nafas lega selepas selesai semuanya," katanya lagi.

Tambah wanita ini lagi, dia dan suami hanya melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu namun tetap mempunyai keinginan untuk menganjurkan majlis resepsi sekiranya pandemik reda kelak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain