suria

Wow, Tokti versi lelaki! Selepas 10 tahun jadi busker, Achik kini famous sampai seberang... video cover lagu Purnama Merindu raih lebih 1 juta tontonan

Bermula sebagai solo busker, Achik kini sudah mengeluarkan tiga single.

"PENYANYI pelapis akan datang... suara boleh pergi jauh ni!"

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap video seorang pemuda yang menyanyikan lagu 'Purnama Merindu' dendangan penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, secara akustik.

Sehingga kini, video tersebut yang dikongsikan di aplikasi TikTok meraih lebih daripada 1.1 juta jumlah tontonan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Sorry tak good looking macam orang lain, tapi saya yakin” - Pelajar tak mahu pendam bakat hanya kerana badan besar, video cover lagu Bruno Mars raih pujian

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan!

Mesra disapa sebagai Achik, siapa sangka dia yang mula berjinak-jinak dalam bidang seni suara sebagai 'solo busker' kini sudah mempunyai tiga buah single.

Berkongsi cerita dengan mStar, Achik atau nama sebenarnya Wan Mohamad Safuan Wan Aslan berkata, minatnya dalam bidang nyanyian bermula seawal usia enam tahun.

"Selepas tamat persekolahan barulah saya 'all out'. Saya mula busking di sekitar Pahang seperti di Teluk Cempedak (Kuantan), Pantai Hiburan (Rompin) malah pernah busking ke Sarawak atas jemputan.

"Muzik saya banyak dipengaruhi oleh 'vibe' lagu tahun 1990-an kerana kena dengan cita rasa dan juga suara. Saya menjadikan arwah Achik Spin, arwah Along Spoon, Zamani dan Datuk Jamal Abdillah sebagai idola.

"Awal-awal dulu memang sambutan kurang... nak perkenalkan diri kepada orang pun ambil masa lama. Ada juga kalangan rakan-rakan busker yang putus asa tapi saya tekad untuk teruskan kerana memang minat saya dalam bidang nyanyian.

busker baru 2

Achik sudah berkecimpung dalam bidang seni suara sejak 10 tahun lalu dan bermula sebagai seorang busker.

"Alhamdulillah, lama kelamaan boleh kumpul kelompok peminat tersendiri. Berkat tak putus asa selama hampir 10 tahun berkecimpung sebagai busker, saya berjaya hasilkan tiga buah single," ujar jejaka berusia 25 tahun yang berasal dari Kuala Rompin, Pahang ini.

Single pertama, Bisikan dan single kedua, Serapah Durjana adalah hasil ciptaan Achik sepenuhnya, manakala single ketiga, berjudul Kau Putuskan Pertunangan pula adalah hasil kolaborasi bersama kumpulan Ukays yang baru dilancarkan minggu lalu.

busker baru 3

Achik berkolaborasi dengan kumpulan Ukays menerusi single ketiga, Kau Putuskan Pertunangan.

Walaupun dilancarkan ketika musim pandemik, Achik meluahkan rasa syukur kerana lagu berkenaan mula menarik perhatian ramai dan sehingga kini mencatatkan 186,000 jumlah tontonan dalam tempoh dua minggu.

Bergelar seorang penyanyi dan komposer namun dalam masa yang sama merupakan solo busker sepenuh masa, Achik berkata sedikit sebanyak situasi pada masa kini memberi kesan kepada kerjaya seninya.

Alhamdulillah, cover lagu Tokti dapat view tinggi. Sampai netizen seberang kata Tokti versi lelaki, malah siap DM minta buat banyak lagi lagu Tokti.

ACHIK ASRAIN

"Nak buat persembahan busking macam sebelum ini memang tak boleh sebab kes tengah banyak dan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi agak susah juga saya nak kembangkan nama, jadi ketika ini media sosial adalah platform terbaik untuk ketengahkan nama dan bakat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya agak aktif di Instagram sebelum ini, namun baru buka akaun TikTok Achik_Asrain dua bulan lalu. Tak sangka, sambutan di TikTok lebih hangat dan sehingga kini dah kumpul lebih 100,000 followers.

busker baru 1

Achik aktif di akaun TikTok melakukan 'cover' lagu nyanyian artis 1990an.

"Dekat akaun TikTok, saya juga banyak buat video cover lagu artis terutama lagu 90-an. Memang banyak dapat request untuk buat cover lagu namun tak semua saya boleh penuhi. Alhamdulillah, cover lagu Tokti dapat view tinggi. Sampai netizen seberang kata Tokti versi lelaki, malah siap DM minta buat banyak lagi lagu Tokti.

"Sekarang ini banyak masa jadi boleh juga layan request daripada followers, namun saya juga kerahkan idea untuk cipta lagu. Impian saya nak bergelar komposer hebat seperti sifu Datuk M Nasir suatu hari nanti," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain