suria

Luah hasrat nak kahwin, atlet berbasikal risau saat tunggu reaksi bapa ketika buat panggilan telefon - “Ibu kata tak payah mengada-ngada”

Kata Faiz, dia sama sekali tak menyangka video panggilan telefon dengan bapanya akan meraih sehingga lebih 100,000 tontonan.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda, ramai dalam kalangan kita yang sudah lama tak pulang ke kampung halaman.

Malah, rasa rindu terhadap kedua ibu bapa juga bagaikan tak berkesudahan apabila larangan rentas negeri masih dilaksanakan.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang atlet berbasikal ini apabila dia ada cara tersendiri untuk mengubat kerinduan terhadap keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupa-rupanya saya terkena balik” - Hasrat nak prank ayah tak menjadi, atlet terkedu dapat jawapan selepas luah hajat nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat pengantin baru! Edit kad kahwin sendiri konon nak prank kawan-kawan, tapi si gadis yang dapat kejutan - “Bagus juga idea tu sebenarnya”

Menurut Mohamad Faiz Mohd Hata, 22, dia pada Februari lalu membuat prank panggilan telefon terhadap bapanya, Mohd Hata Ali, 54, dan meminta keizinan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, rakaman video prank itu tiba-tiba tular di TikTok selepas ia dikongsi oleh rakannya yang juga atlet berbasikal, Muhamad Hafizul Asyraf Jaafar, 22, menerusi TikTok pada Jumaat.

"Ia sebenarnya prank yang saya buat pada Februari lalu. Cuma Hafizul baru post di TikTok, tak sangka viral. Selain ayah, saya juga buat prank itu ke atas ibu, nenek dan abang.

"Pada masa tu, saya dan Hafizul ada dalam bilik di pusat latihan di Gelang Patah, Johor. Memang bosan tak tahu nak buat apa, jadi saya buat prank call itu terhadap keluarga. Sebelum ni saya pernah tengok orang lain buat prank yang sama.

faiz3

Keluarga besar Faiz.

"Memang rasa takut masa nak buat prank. Ayah tak garang, tapi dia tegas dalam banyak benda. Risau masa nak call, tapi tak sangka ayah tergelak-gelak. Terus rasa lega masa tu.

"Kemudian saya prank ibu. Dia kata tak payah ngada-ngada nak kahwin. Abang pun cakap benda sama, dia suruh saya cari duit dulu. Nenek pula OK, dia kata kahwin je kalau dah ready," ujarnya yang mesra disapa Faiz.

Tak sampai hati saya tengok komen. Mereka kata rindu dan teringat ayah masing-masing.

FAIZ

Menurut Faiz, dia sama sekali tak menyangka video panggilan telefon dengan bapanya yang dimuat naik menerusi TikTok Hafizul akan meraih sehingga lebih 100,000 tontonan.

Malah katanya, terbit rasa sayu tatkala dia membaca komen apabila ramai netizen menzahirkan rasa rindu dan terkenang akan bapa masing-masing.

faiz2

Faiz akui risau untuk membuat prank ke atas bapanya.

"Saya terkejut bila Hafizul tunjuk video ini viral. Tak sampai hati saya tengok komen. Mereka kata rindu dan teringat ayah masing-masing.

"Ada yang turut berterima kasih, dia kata video saya membuatkan dia terkenang ayah yang jauh di mata," ujarnya lagi.

faiz4

Faiz (berkaca mata) bersama rakannya, Hafizul yang memuat naik video prank itu ke TikTok sehingga tular.

Selain komen berbaur sedih, ramai netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan reaksi bersahaja bapa Faiz yang banyak ketawa sepanjang panggilan telefon itu.

Tambah Faiz, dia juga sudah lama tak bersua muka dengan bapanya yang menetap di Taman Daya, Johor Bahru memandangkan dia kini sibuk dengan latihan berbasikal.

faiz5

Mereka berharap Covid-19 segera berakhir agar dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Menurut Faiz, dia sudah enam tahun bergelar atlet berbasikal dalam acara lebuh raya dan trek.

Hafizul pula sudah terlibat dengan sukan sama sejak tujuh ke lapan tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dua sahabat baik yang berkongsi tarikh lahir pada 8 September 1999 itu sebelum ini pernah merangkul emas dalam acara berpasukan ketika temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak pada 2018.

Selain mengharapkan pandemik Covid-19 berakhir segera, Faiz dan Hafizul turut memasang impian untuk mempamerkan prestasi cemerlang dalam Sukma 2020 yang akan diadakan di Johor pada tahun depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain