suria

Kenduri kahwin batal tapi pasangan ini tetap seronok jadi pengantin PKP... siap agih nasi tomato, paling sempoi jimat hampir RM4,000!

Walaupun terpaksa membatalkan majlis persandingan mereka, pasangan ini tetap gembira dapat meraiikan hari gemilang mereka dengan jiran-jiran, keluarga dan sahabat handai.

KAHWIN musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tak seronok?

Nurul Syifa Hanim Jasmee, 25 serta pasangannya Muhammad Aliff Izzudin Norazri, 25 yang telah selamat diijabkabul pada bulan Mac baru-baru ini bagaimanapun mempunyai pandangan yang berbeza.

Berkongsi kisahnnya dengan mStar, Syifa mengakui sama seperti insan lain, dia juga mempunyai angan-angan besar terutama sekali memandangkan dia merupakan satu-satunya anak gadis di antara empat beradik.

ARTIKLE BERKAITAN : Bapa ikut anak pergi kerja selepas diarah cuti tanpa gaji, makan tepi jalan sambil tunggu job masuk - “Ayah kata lebih baik kerja sampai 8 malam”

ARTIKLE BERKAITAN : Wanita ini ‘cool’ dituduh berfesyen ikut trend artis, dah lama berpurdah sebelum Neelofa

Namun, kita hanya mampu merancang, Yang Esa juga yang menentukan segala-galanya.

Majlis persandingan yang seharusnya berlansung pada 29 Mei lalu bagaimanapun terpaksa dibatalkan apabila kerajaan mengumumkan PKP 3.0.

“Saya akad nikah bulan Mac baru-baru ni dan memang rancang untuk buat kenduri bulan Mei lepas, deposit semua dah bayar, baju sanding, pelamin, make up, dewan termasuk catering.

“Tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan dan saya rasa malas nak tangguhkan majlis tersebut jadi saya, suami dan keluarga kami buat keputusan untuk batalkan terus majlis persandingan kami, ” katanya.



Syifa dan Aliff disatukan dalam satu majlis serdahana yang diadakan pada bulan Mac lalu.

Syifa yang kini hamil anak sulung mereka berkata pembatalan majlis persandingan tersebut tidak menghalang dia dan pasangannya yang kedua-duanya sebagai pekerja sektor perkilangan daripada meraikan hari gemilang mereka.



Syifa dan keluarganya menghantar "nasi kenduri" pada jiran-jiran, rakan dan keluarga mereka.

Malah pasangan ini juga masih lagi berpeluang untuk meraiikan jiran-jiran dengan “nasi kenduri” bungkus.

“Rancangan kami selepas tamat PKP nanti kami akan sarung baju dan tempahan make up yang telah kami buat terlebih awal untuk pergi photoshoot.

“Catering pula memandangkan saya dah bayar deposit RM500 jadi saya bincang dengan pihak catering minta mereka buat 100 bekas set nasi tomato yang kemudiannya diagih-agihkan pada jiran-jiran, kawan dan adik-beradik, ” katanya.

Tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan dan saya rasa malas nak tangguhkan majlis tersebut saya, suami dan keluarga kami membuat keputusan untuk membatalkan terus majlis persandingan kami.

- NURUL SYIFA HANIM JASMEE

PENGANTIN WANITA

Menurut Syifa, pada mulanya majlis pernikahan yang dirancang sejak tahun lepas lagi dijangka bakal menelan lebih RM10,000 namun disebabkan PKP kos sebenar yang dibelanjakan hanyalah RM3,770.

“Saya anak perempuan tunggal, tiga lagi adik semua lelaki, jadi mestilah rasa nak pelamin besar mula-mula, siap famili pun ada tema baju tapi lepas dah selamat nikah ni rasa macam semua benda tu dah tak penting, rasa macam membazir pulak kalau buat macam tu.

“Alhamdulillah famili saya pun tak paksa suruh buat kenduri, mereka semua faham dengan keadaan sekarang.” katanya.



Walaupun belanja keseluruhan majlis pernikahan mereka bakal mencecah lebih RM10, 000, Syifa dan pasangan akhirnya hanya membelanjakan tidak lebih RM4,000.

Tambah Syifa lagi, kebanyakan keluarga juga dilihat tidak kisah untuk mengadakan majlis ala kadar malah ada juga yang sanggup menurunkan harga hantaran anak masing-masing.

"Kalau dulu orang kata hantaran ni kena ikut tahap pendidikan anak, tapi sekarang parents pun terfikir semua dah jimat jadi bolehlah turunkan nilai hantaran.

"Tapi keluarga saya tak buat macam tu, mak ayah saya memang awal-awal dah maklumkan kepada suami kalau mereka letak hantaran berapa pun, kalau tak mampu elok beritahu boleh mereka turunkan lagi," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lockdown, pkp, kahwin, majlis sanding

Artikel Lain