suria

Bapa ikut anak pergi kerja selepas diarah cuti tanpa gaji, makan tepi jalan sambil tunggu job masuk - “Ayah kata lebih baik kerja sampai 8 malam”

Aiman (kanan) berkongsi kisah mengenai bapanya (kiri) yang diarahkan bercuti tanpa gaji.

RAMAI yang terkesan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, seorang anak meluahkan kesedihan mengenai bapanya yang terpaksa bercuti tanpa gaji berikutan 'total lockdown'.

Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan bapa pemuda tersebut sedang menikmati nasi bungkus di tepi jalan ketika menemaninya keluar bekerja sebagai penghantar barang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepatutnya gembira bisnes 'kencang' selepas diberhentikan kerja, anak terkejut ibu sedih dapat tahu tweet promosi pastri blow up

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hilang banyak 'job' sebab PKPB, anak sanggup buat kerja sanitasi walau ada ijazah - "Tak nak ayah berpeluh pakai PPE, biar saya buat"

Pemuda berkenaan, Aiman Haziq Ishak berkata, bapanya yang bekerja sebagai pemandu bas untuk sebuah kolej diarahkan bercuti tanpa gaji sejak ‘total lockdown’ 1 Jun lalu.



Bapa Aiman bertugas sebagai pemandu bas.

Anak muda berusia 20 tahun itu memberitahu, bapanya yang berumur 58 tahun terpaksa akur meskipun berat menerima keputusan itu kerana perlu menyara keluarga.

"Ayah dah lama berkhidmat sebagai pemandu bas, sejak saya kecil lagi. Lebih 10 tahun ayah menyara keluarga dengan pendapatan sebagai pemandu bas.

"Saya kasihan tengok ayah bersedih, sekarang pula lockdown disambung lagi dua minggu... entah bila ayah dapat bekerja semula," katanya kepada mStar.



Aiman bekerja sebagai penghantar barang sejak Mei.

Tidak mahu melihat bapanya terus bersedih, dia yang lebih mesra disapa Aiman mengajak bapanya untuk menemaninya keluar bertugas sebagai penghantar barang.

"Saya ajak ayah untuk ikut saya. Ayah berminat dan tugasnya lebih kepada memandu kereta, manakala saya melakukan tugas mengambil dan menghantar barang-barang ke lokasi.

"Mungkin tak banyak untung yang kami boleh dapat dengan kerja bersama, tapi membantu menaikkan semangat ayah untuk cari rezeki," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.



Bapa Aiman ketika di lapangan.

Mengenai video yang tular, dia yang baru bekerja sebagai penghantar barang sejak bulan lalu menjelaskan ketika itu mereka sedang berehat pada waktu petang.

"Selalunya kalau saya kerja seorang, saya akan balik ke rumah untuk makan. Tapi ayah kata jauh kalau balik, jadi kami berehat saja di tepi jalan.

"Saya sedih masa tengok ayah makan tepi jalan tu, tapi lagi sedih kalau ayah susah hati sebab tak ada income. Sekarang ni ayah bersemangat untuk kerja, dan income dibahagikan untuk ayah juga," katanya yang merupakan anak keempat daripada enam beradik.

Saya sedih tengok ayah makan tepi jalan tu, tapi lagi sedih kalau ayah susah hati sebab tak ada income. Sekarang ni ayah bersemangat untuk kerja

AIMAN

Menurut Aiman, bapanya disifatkan sebagai seorang yang tegas dan begitu mementingkan disiplin khususnya dalam mendidik anak-anak.

"Ayah kata kalau dalam apa-apa pun, disiplin perlu diutamakan. Kalau kerja kena bersungguh-sungguh, kena mulakan dari awal jangan sampai tertangguh," ujarnya.



Aiman (dua, kiri) dan bapa (duduk, tengah) bersama sebahagian adik-beradiknya.

Kata Aiman, kesungguhan bapanya dapat dilihat dengan waktu perkhidmatan mereka lebih panjang berbanding ketika dia melakukan tugas itu seorang diri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau sebelum ini, biasanya saya akan kerja dari pagi sampai pukul 4 atau 5 petang, dan selepas itu balik. Tapi ayah kata lebih baik kerja sekurang-kurangnya sampai 8 malam.

"Lebih lama bekerja, insyaAllah lebih banyak job akan dapat. Sementara tunggu job penghantaran masuk (menerusi aplikasi), kami akan tunggu atau berehat kat tepi jalan.

"Tapi ayah lebih suka berada di luar, daripada duduk rehat atau makan dalam kereta. Itu yang ayah lebih suka makan tepi jalan. Syukur, ayah lebih nampak bersemangat," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain