suria

Sepatutnya gembira bisnes ‘kencang’ selepas diberhentikan kerja, anak terkejut ibu sedih dapat tahu tweet promosi pastri blow up

(gambar kiri) Farahin (kiri) bersama ibu kini meneruskan bisnes pastri secara serius selepas ibunya kehilangan kerja di sebuah syarikat. Foto ihsan Nur Farahin Zamri

PAGI Khamis lalu ternyata amat berbeza buat seorang gadis, tidak seperti kebiasaannya.

Tanpa disangka-sangka, ibunya menerima perkhabaran sedih apabila kehilangan kerja berikutan syarikat terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Ibu saya baru saja kehilangan kerja hari ini kerana syarikat menghentikan operasi. Jadi, saya kembali promosi bisnes kami kerana inilah satu-satunya sumber yang kami ada sekarang," tulisnya menerusi ciapan di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 19,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar basah jadi norma baharu bekas pekerja bank selepas 4 bulan 'separuh gila', hilang arah - "Saya menangis meluahkannya kepada mak"

ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan licin, pemuda hilang kerja akibat PKP tak sangka bisnes masyuk! Menu dari seberang buat pelanggan jauh pun terliur, nak order banyak

Gadis berkenaan, Nur Farahin Zamri berkata, ibunya yang berusia 49 tahun itu diberhentikan kerja sebagai eksekutif akauntan di sebuah syarikat di Johor Bahru, Johor.



Perkongsian Farahin di laman sosial mengenai ibunya menjadi tular.

Lebih mesra disapa Farahin, dia berkata, berita mengenai pemberhentian kerja itu ternyata mengejutkan ibunya yang sudah berkhidmat dengan syarikat itu selama enam tahun.

"Enam tahun bukan tempoh yang sekejap. Ibu tiba-tiba dikejutkan dengan berita dia diberhentikan kerja.

"Ibu hanya menyangka syarikat itu hanya menetapkan tiada kenaikan gaji dan tiada bonus tahun ini. Tak sangka syarikat terus tutup," ujarnya berusia 20 tahun kepada mStar.

Farahin memberitahu bahawa dia dan ibunya sejak setahun lalu ada berjinak-jinak dengan perniagaan pastri sebagai ejen.



Pada asalnya, bisnes pasti diusaha oleh Farahin dan ibunya secara sambilan. Foto instagram homebakeratclover_jb

Namun katanya, bisnes kecil-kecilan itu dibuat secara sambilan bagi memperoleh pendapatan sampingan berdasarkan tempahan daripada pelanggan.

"Pada mulanya kami buat sekadar suka-suka, lebih-lebih lagi saya memang minat berniaga. Tapi tidak dilakukan secara sepenuh masa, dan hanya buat kalau ada permintaan.

"Tapi disebabkan ibu kehilangan kerja, jadi secara rasminya bisnes ini menjadi sumber utama kami untuk menampung perbelanjaan harian.

"Ayah kerja sebagai pemandu, hantar budak-budak ke sekolah. Tapi kerjanya tak tetap, apatah lagi keadaan sekarang kerana pandemik," ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.



Ibu Farahin membuat persiapan pastrinya sebelum dihanyar kepada pelanggan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia dan ibunya menjadi ejen pastri bagi sebuah syarikat yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor.

"HQ (ibu pejabat) akan bekalkan kami roti-roti dan kami menggunakan modal untuk mendapatkan bahan-bahan lain untuk hiasan pada pastri mengikut menu yang disediakan.

Ibu terkejut bila tweet tu blow up sehingga ramai nak tempah pastri kami. Tapi ia mengingatkan ibu kepada kejutan dia kehilangan kerja.

NUR FARAHIN ZAMRI

"Tak sangka posting saya di Twitter menjadi viral sehingga terima banyak tempahan. Ada yang sanggup order dari Sabah sedangkan kami di Johor," tambahnya.

Farahin yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Bangi, Selangor berkongsi berita mengenai posting yang tular itu dengan ibunya.



Sambutan menggalakan daripada netizen memberi semangat kepada dua beranak ini.

Namun, dia tidak menyangka perkhabaran yang sepatutnya menggembirakan itu sedikit-sebanyak menyentuh emosi ibunya.

"Ibu terkejut bila tweet tu blow up sehingga ramai nak tempah pastri kami. Tapi ia mengingatkan ibu kepada kejutan dia kehilangan kerja.

"Bagaimanapun, sambutan yang menggalakkan untuk menempah pastri kami memberi semangat kepada ibu untuk meneruskan bisnes ini secara serius," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain