suria

Dituduh naikkan harga melampau, pelanggan selamba minta nombor pembekal... siap nak tip sebab nak buat sendiri – “Kalau tak reti bahasa, block saja”

(kiri) Mohd Zulfadhli (kanan) bersama isteri dan anak mereka. (kanan) Bisnes kotak hadiah yang diusahakan isteri Mohd Zulfadhli. Foto ihsan Mohd Zulfadhli Faizol Azmi

KERENAH pelanggan memang sukar dijangka, dan biasanya peniaga perlu berhadapan dengan mereka demi mencari rezeki.

Namun, ayat customer is always right barangkali tidak wajar digunakan setiap masa seperti mana dialami seorang peniaga.

Seorang pelanggan meminta nombor telefon pembekal cadar daripada seorang peniaga bagi membolehkannya membeli secara terus kerana menganggap dengan cara itu harganya pasti lebih murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat mesej pelanggan nak beli power bank, peniaga tiba-tiba kena layan masalah pakwe-makwe - "Dia merajuk dengan saya atau BF?"

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak melaram acah diva, bajet ciput" - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

Hanya kerana permintaan tersebut tidak dipenuhi, pelanggan tersebut melemparkan kata-kata kesat kepada peniaga berkenaan menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.



Mesej antara pelanggan dan peniaga yang tular di media sosial.

"Kenapa pula, sis mesti naikkan harga gila-gila kan. Satu set dekat RM100, padahal kat supplier baru berapa. Berkat ke bagi anak bini makan." soal pelanggan tersebut.

Peniaga yang berkongsi tangkapan skrin mesej berkenaan di laman sosial sehingga menjadi tular tampil menjelaskan bahawa mesej tersebut bukanlah mengenai dirinya.

Sebaliknya, Mohd Zulfadhli Faizol Azmi memberitahu petikan mesej tersebut diambil daripada seorang rakannya yang merupakan peniaga cadar.

"Bila saya tanya kawan saya, dia pun kata dapat mesej tu daripada grup WhatsApp. Saya bukan peniaga cadar, tapi sebenarnya penjual perfume (wangian).

"Tapi saya juga pernah berhadapan dengan perangai pelanggan sebegini, yang meminta saya untuk berkongsi nombor telefon pembekal untuk beli perfume pada harga lebih murah," kata peniaga berusia 30 tahun itu kepada mStar.



Mohd Zulfadhli pernah mengusahakan bisnes wangian di kiosk.

Mohd Zulfadhli berkata, secara kebetulan perniagaan wangian tersebut diusahakan oleh keluarganya dan dia menjelaskan kepada pelanggan mengenai pembekal tersebut.

"Saya terus-terang kata pembekal tu adalah keluarga. Saya pun malas nak layan lebih-lebih sebab nanti jadi hal lain pula.

"Sebagai peniaga, produk yang dijual sudah tentu harganya lebih tinggi daripada harga kos kerana kami mahu mendapatkan keuntungan. Takkanlah kami nak jual dengan harga kos pula," katanya yang mula menjual produk wangian secara sambilan sejak awal Mac lalu.

Produk yang dijual sudah tentu harganya lebih tinggi daripada harga kos kerana kami mahu mendapatkan keuntungan

MOHD ZULFADHLI FAIZOL AZMI

Bukan setakat harga, bapa kepada seorang anak itu turut berkongsi pengalaman isterinya berusia 24 tahun yang berniaga kotak kejutan (suprise exploding box).

"Isteri saya mengusahakan kotak hadiah buatan sendiri mengikut kreativiti. Buat satu kotak hadiah tu boleh memakan masa semalaman kerana memerlukan penelitian dan perincian.

"Jadi, harga yang dikenakan berbaloi dengan pengalamannya, kreativiti, masa dan tenaga dia. Tapi ada yang pula kata mahal lepas tu tanya kertas apa guna sebab nak buat sendiri.

"Sebenarnya di Internet banyak je ada tunjuk macam mana cara nak buat, boleh tengok di laman YouTube juga. Dahlah kata harga yang dikenakan mahal, lepas tu minta tip pula untuk buat sendiri sebab tak nak belanja lebih," ujarnya.



Antara 'surprise exploding box' yang diusahakan oleh isteri Mohd Zulfadhli.

Mohd Zulfadhli yang juga jurutera pembangunan perniagaan berkata, terdapat juga kes di mana pelanggan yang merungut akhirnya datang kembali mendapatkan khidmat isterinya.

"Pelanggan tu dah cuba, tapi tak jadi macam yang dia tengok. Dia akhirnya tempah dekat isteri saya sebab nak juga kotak hadiah seperti yang diidamkan dan isteri layankan saja.

"Sebab itulah pelanggan kena tahu harga tu juga setimpal dengan usaha dan kreativiti yang kita buat untuk kepuasan mereka. Kalau yang tak reti bahasa, isteri block saja," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain