suria

Ribuan ucapan tahniah, doa iringi penghijrahan Safawi ke Portugal... pesanan TMJ paling padu! - “Jika perlu apa-apa, aku sentiasa ada... just call”

Safawi menerima ribuan ucapan antaranya daripada Tunku Ismail susulan penghijrahannya ke Portugal. Foto: Instagram Safawi Rasid

RIBUAN ucapan tahniah dan juga doa membanjiri posting terbaharu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Terdahulu Safawi yang juga anak kelahiran Dungun, Terengganu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penyokongnya.

"Thank you for all the memories. I will miss JDT family and all supporters. Junjung kasih Tuanku," tulisnya pada perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi jual jus mangga demi PS4, kini impian budak 10 tahun ini jadi nyata... Safawi bukan sahaja idola tapi nak sponsor!

ARTIKEL BERKAITAN: “Bantu ikut kemampuan” - Safawi sayu ada orang kampungnya hidup susah dalam tempoh PKP

Sehingga kini perkongsiannya meraih lebih 90,000 likes dan ribuan komen yang dilontarkan netizen dan juga selebriti.

Malah Tunku Ismail sendiri turut menitipkan ucapan kepada pemain skuad Harimau Malaya itu.



Komen daripada Tunku Ismail, rakan selebriti dan juga netizen pada perkongsian Safawi.

"All the best Pawi. Aku doa semoga berjaya. Jikalau perlu apa-apa, aku sentiasa ada. Anytime, anywhere.. just call. Jaga diri, sentiasa ingat Allah. Pintu JDT sentiasa terbuka. All the best and good luck," tulis Tengku Mahkota Johor itu di ruangan komen.

"Selamat maju jaya, Pawi! Banggakan Malaysia!," komen pengacara terkenal, Uyaina Arshad.

"All the best," tulis Izham Tarmizi yang juga penjaga gol kelab tersebut.



Safawi (kiri) bersama rakan pasukan JDT.

Sementara itu, ada juga netizen meluahkan rasa sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat Safawi beraksi di dalam negara.

"Good luck Pawi. Kami akan merindui aksi anda Liga Super Malaysia," tulis Faiz Najmii.

Safawi akan berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.



Antara gambar yang turut dimuat naik dalam perkongsian terbaharu Safawi.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini.

Safawi muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain