suria
mStar - Urban.Versatil

Buat kerja tak ‘clean’, lelaki pasang skandal kantoi palsukan sijil kematian isteri... Dakwa mati akibat komplikasi ketika bersalin!

Beberapa butiran 'aneh' (anak panah merah) dikesan pada sijil kematian yang tular. (Gambar hiasan kanan)

KECOH di laman sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang didakwa menyunting sijil kematian seolah-olah isterinya sudah meninggal dunia , dipercayai untuk berlaku curang.

Menerusi perkongsian beberapa pelayar di Threads, lelaki berkenaan dipercayai memalsukan dokumen rasmi tersebut dengan mendakwa isterinya meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin.

"Suami tergamak edit (sunting) sijil kematian isteri sebab nak curang, padahal isteri masih hidup dan sihat. 

"Kononnya si isteri meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin. Hakikatnya? Isteri tersebut masih hidup dan berada dalam keadaan baik," demikian menurut perkongsian seorang warga maya. 

Difahamkan cubaan licik lelaki tersebut terbongkar selepas dia dipercayai memasukkan nombor kad pengenalan sebenar isterinya pada sijil kematian palsu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan

"Cubaan licik itu terbongkar apabila lelaki berkenaan dipercayai memasukkan nombor kad pengenalan sebenar isterinya pada dokumen palsu tersebut.

"Apabila semakan dibuat, identiti berkenaan masih aktif dan boleh digunakan," tulisnya lagi.

Sijil kematian palsu tersebut turut dimuat naik bersama perkongsian berkenaan.

Menerusi penelitian netizen, terdapat beberapa butiran yang menimbulkan keraguan sekali gus membuktikan dokumen berkenaan palsu.

"Nombor kad pengenalan dalam kotak dengan nombor kad pengenalan (isteri) dekat barcode pun berbeza. Tiba-tiba bini dia lahir tahun 1947.

"Nombor kad pengenalan doktor dah lebih 60 tahun, tak reti pencen Dr Letchumy tu," komen netizen.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan marah dengan tindakan tidak bermoral lelaki berkenaan yang sanggup mempermainkan soal hidup dan mati demi kepentingan diri sendiri.

Untuk makluman, memalsukan maklumat atau memalsukan sijil kelahiran mahupun kematian adalah kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Lain