suria
mStar - Urban.Versatil

Brek tiba-tiba tak berfungsi memang buat cemas, ada teknik selamat elak impak kemalangan lebih dahsyat

Pemandu akan cenderung berasa panik dan cemas apabila brek tiba-tiba tidak berfungsi. -Gambar hiasan

SIAPA tak panik dan takut kalau sistem brek kenderaan tiba-tiba mengalami kegagalan semasa apatah lagi kereta dipandu dalam keadaan laju.

Situasi yang berlaku ini biasanya membuatkan pemandu lebih cenderung untuk memegang erat atau memeluk steering, kononnya dapat membantu mengelakkan kemalangan.

Namun hakikatnya, ia akan mendorong kepada impak yang lebih besar.

Berkongsi teknik yang tepat apabila berhadapan situasi cemas sedemikian, jurutera 'oil and gas' yang popular dengan gelaran Aiman Amerika di TikTok berkata, langkah utama boleh dilakukan adalah dengan menukar mod gear pemanduan kepada neutral (N).

"Sekiranya brek gagal berfungsi atau pedal minyak sangkut atau enjin tiba-tiba bergerak laju, jangan cuba kawal steering.

"Apa yang boleh dilakukan adalah masukkan gear ke N," jelasnya.

Menurut Aiman, apabila mod gear drive (D) ditukarkan kepada N, tenaga daripada enjin tidak akan masuk ke tayar.

Jelasnya, tindakan tersebut sekali gus akan memperlahankan kenderaan seterusnya memudahkan kereta diberhentikan di tepi jalan.

"Apabila masuk ke N, enjin laju macam mana pun dah tak kisah.

"Tapi semasa masukkan gear ke N, enjin akan berbunyi dengan sangat kuat... dalam situasi ini, ia sangat normal," tambahnya.

Beliau yang bertugas di Amerika Syarikat turut menyatakan gear box kenderaan tidak akan rosak sekiranya mod pemanduan ditukarkan kepada neutral secara mendadak.

Sebaliknya, kerosakan berlaku apabila gear ditukar terus kepada gear reverse (R) atau park (P) semasa memandu.

Artikel Lain