SEORANG wanita tidak menyangka perjalanan ke hospital untuk bersalin bertukar menjadi detik mendebarkan apabila dia melahirkan bayi keenamnya di dalam kereta ketika menuju ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.Menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video], pemilik akaun @puterryezzah memaklumkan tarikh jangkaan bersalin adalah pada 9 Januari, namun bayi perempuannya itu lahir pada 3 Januari ketika usia kandungan 39 minggu satu hari. Katanya ketika hari kejadian, suaminya baru pulang ke Johor dari Perlis.“Pukul 9.10 pagi suami mesej beritahu dah sampai terminal bas. Masa tu saya dah mula rasa sakit setiap 10 minit. Tapi masih boleh tahan."Kira-kira pukul 10.20 pagi suami sampai rumah, 10.30 pagi saya jerit terus dia kelam kabut hidupkan kereta. Kereta pula tak hidup walaupun pakai jumper, jadi pinjam kereta kawan dia," kongsinya.Dalam perjalanan ke HSI sekitar pukul 10.40 pagi, air ketuban wanita itu pecah di dalam kereta ketika jalan raya sesak.Tidak terlalu panik dengan apa yang berlaku, suaminya segera menyalakan lampu kecemasan dan membunyikan hon bagi meminta laluan.“Pukul 10.50 pagi saya cakap pada suami, rasa macam bayi nak keluar. Tiba-tiba baby terus meluncur keluar dan jatuh di bahagian kaki saya. Saya tengok saja sambil mengucap,” katanya yang memaklumkan ketika itu dia sedang mengunyah kurma.Suaminya yang terkejut segera memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum mengangkat bayi dan meletakkannya di ribaan si ibu.Tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan anggota polis bermotosikal yang pada awalnya mahu menahan sebuah kenderaan lain.Suaminya terus meminta bantuan dan anggota polis berkenaan mengiringi mereka ke hospital.“Memang laju abang polis bawa kami, siap beri laluan. Masa tu saya dah tak rasa sakit sebab baby dah keluar,” ujarnya yang sempat membuat panggilan video kepada ahli keluarga di kampung.Mereka tiba di hospital sekitar pukul 11 pagi sebelum doktor kemudian memotong tali pusat bayi tersebut.