suria
mStar - Urban.Versatil

Tak pernah bergaduh sepanjang 45 tahun hidup, Kak KM syukur hubungan dengan Kak Nona kembali pulih di bulan Ramadan

HUBUNGAN usahawan sensasi, Liana Rosli bersama kakaknya dikenali Kak Nona akhirnya kembali pulih selepas berlaku konflik antara mereka sejak tahun lalu.

Lebih istimewa, hubungan dua beradik itu menemui jalan penyelesaian dan kembali harmoni pada bulan Ramadan yang cukup mulia ini.  

“Semalam rasa sayu je, lepastu tiba-tiba ada orang bagi salam. Bila nampak je Kak Nona, saya macam tak percaya. Kami terus berpelukan dan bermaaf-maafan. 

"Saya anggap sampai bila adik-beradik nak bermasam muka. Bersyukur sangat Allah satukan kembali hubungan kami di bulan Ramadan ini,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Kak KM berkata, sepanjang 45 tahun hidup sebagai adik-beradik, mereka tidak pernah bergaduh. 

Malah, usahawan itu turut memberi pesanan kepada orang luar supaya berhati-hati dalam urusan perniagaan membabitkan adik-beradik kerana boleh mencetuskan perbalahan.

"Sepanjang 45 tahun hidup kami adik-beradik tak pernah bergaduh. 

"Jadi pengajaran yang boleh diambil adalah adik-beradik tak boleh berbisnes sekali, ini juga pesanan untuk orang luar," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi