suria
mStar - Urban.Versatil

Aprena Manrose idam suami ‘provider’, beriman dan tak kedekut... Sasar kahwin semula dalam tempoh tiga tahun

SELEPAS lapan bulan bercerai, pelakon Aprena Manrose menetapkan sasaran untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Aprena, atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata dia menyerahkan sepenuhnya soal jodoh kepada Allah SWT.

Bagaimanapun, menurut Aprena, lelaki yang bakal menjadi pasangan hidupnya itu perlu seorang yang stabil, bertanggungjawab dan mampu memimpin keluarga dengan baik.

“Saya letakkan tempoh tiga tahun untuk mencari pengganti baharu kerana jodoh itu di tangan Allah.

“Jika dipertemukan dengan seseorang yang sudah stabil dan benar-benar mampu menjadi penyedia nafkah, saya berharap dapat memberi sepenuh perhatian kepada keluarga dan tidak lagi perlu bekerja.

“Saya sedar tanggungjawab seorang isteri dan mahu menjalankan peranan itu sebaik mungkin. Insya-Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yang tepat,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai ciri lelaki idaman, Aprena berkata soal agama menjadi keutamaan dalam memilih pasangan hidup.

“Selain provider, nombor satu saya mencari orang yang beriman dan jaga solat. Kedua, bukan lelaki yang kaya sebab aya bukan materialistik, tapi cukup sekadar kalau nak pergi berjalan kami boleh bercuti bersama.

“Saya tak mahu cari lelaki yang kedekut sebab tak bagus untuk diri sendiri. Nanti simpan lama-lama akhirnya diri sendiri terseksa,” jelasnya.

Sebelum ini, Aprena mengumumkan dia sudah bercerai dengan Mohd Afiq Hazman, pada Jun tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2016 dan sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi