suria
mStar - Urban.Versatil

Netizen ‘kenen-kenenkan’ Cess dengan anak Eizlan Yusof, Aliff Syukri tak letak harapan tinggi... “Mereka masih muda”

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menghalang anak perempuannya, Qadejah El Zahra atau mesra disapa Cess berkawan rapat dengan anak kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef.

Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, hubungan yang terjalin antara mereka sekadar persahabatan biasa memandangkan kedua-duanya terlalu muda untuk memikirkan soal cinta.

“Sejujurnya, mereka masih muda dan saya tak letak jangkaan yang tinggi untuk mereka. Zareef saya dah anggap macam anak sendiri, dia baik dan kebetulan kami berjiran.

“Kalau ada rezeki berjodoh adalah, saya nampak mereka seronok berkawan,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Aliff bagaimanapun menegaskan dia tetap meletakkan batas dalam pergaulan anaknya itu demi menjaga nama baik keluarga.

“Memang ada sekatan, saya tak bagi mereka keluar berdua. Kalau Cess nak keluar mesti ditemani pembantu peribadi wanita saya dan pemandu.

“Mereka berjumpa sebelum ini pun kebetulan atas tujuan penggambaran bagi sesi fotografi baju raya,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi