suria
mStar - Urban.Versatil

Anak sulung dipuji pandai menyanyi, main alat muzik… Shuib masih tak yakin harap fokus golf

PELAWAK Shuib tidak menggalakkan anak sulungnya, Uwais Al Qarni untuk menjadi penyanyi sebaliknya mahu lebih memberi tumpuan kepada sukan golf.

Shuib, 42, berkata meskipun anaknya itu mempunyai bakat menyanyi dan bermain alat muzik namun dia belum yakin untuk membenarkan anaknya itu menjadi seorang penghibur. 

Ini kerana, anak sulungnya itu agak pemalu selain mempunyai kurang keyakinan berbanding adiknya Thalita.

“Ramai juga yang bercakap soal Uwais ini dan bagi saya dia memang berbakat sebab boleh main guitar dan piano dengan baik. Malah dia juga boleh menyanyi dengan bagus tapi saya nampak dia lebih kepada sukan golf.

“Saya tak berapa yakin untuk Uwais menyanyi depan orang sebab dia agak pemalu tapi kalau sekadar suka-suka main muzik mungkin okay. 

“Saya memang nak Uwais fokus kepada sukan buat masa ini sebab sayang dia sudah bermula daripada kecil lagi. Walaupun ada komposer nak bagi lagu dekat Uwais, tapi saya kena tengok dulu macam mana,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi