suria
mStar - Urban.Versatil

Pergi bazar Ramadan sambil tolak stroller tak sesuai, Farez Adnan minta ibu bapa guna 'common sense'

PENYANYI Farez Adnan menyifatkan segelintir ibu bapa tidak peka terhadap aspek keselamatan apabila membawa anak kecil ke bazar Ramadan yang sesak dengan pengunjung.

Kata Farez, 31, dia berpendapat tindakan membawa bayi atau anak kecil ke kawasan yang padat, termasuk menggunakan stroller, boleh mengundang risiko berbahaya.

“Saya berpendapat segelintir ibu bapa kurang mengambil kira soal keselamatan anak sehingga boleh menyusahkan orang lain.

“Pada pandangan saya, kurang sesuai membawa stroller ke bazar yang sesak. Keselamatan dan kesihatan anak sepatutnya menjadi keutamaan.

“Adakah kita sanggup melihat anak jatuh sakit hanya kerana mahu ke tempat yang sesak?” katanya kepada mStar.

Menurut Farez, dia melihat tiada keperluan untuk membawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan kerana rata-rata hanya mahu membeli makanan dan membawanya pulang. 

“Tambahan pula, makanan yang dibeli di bazar kebiasaannya dibawa pulang untuk di makan di rumah.

“Memang ada pelbagai alasan, namun biasanya masih ada pilihan lain yang lebih selamat. Jangan kerana mengikut kehendak, keselamatan anak diketepikan.

“Jika berlaku perkara yang tidak diingini, jangan pula menyalahkan pihak lain. Teguran ini bukan untuk menghukum, tetapi sebagai peringatan demi kebaikan bersama,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi