SEJAK berhijrah pada Oktober tahun lalu, penyanyi Umairah tidak menafikan berdepan pelbagai ujian terutamanya apabila masih ada pihak yang berkongsi foto lama ketika dia belum bertudung. Kata Umairah atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 15, ramai mengenalinya ketika dia masih belum bertudung menyebabkan perubahan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kongsinya, dia tidak menafikan ada perasaan rindu terhadap penampilan lama, namun sentiasa mengingatkan diri agar kekal istiqamah dan tidak mengikut perasaan. Umairah akui berdepan pelbagai ujian ketika berhijab."Saya bertudung sejak Oktober. Banyak ujian juga. Orang kenal saya sewaktu belum bertudung lagi. Ada yang masih kongsi foto saya free hair. "Kadang macam rindu tetapi saya cepat-cepat istighfar. Pernah juga rasa nak rambut kepok-kepok (gaya rambut). "Tapi bila fikir-fikir balik, bila saya bertudung banyak rezeki yang datang," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: "Doakan saya" - Umai manis berhijab, peminat harap istiqamahARTIKEL BERKAITAN: Nama dipertikai sebagai artis undangan konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Umairah sebak kenang usaha sendiriDalam pada itu, Umairah mengakui cabaran utama adalah untuk terus kekal konsisten dalam penampilannya sebagai wanita berhijab.Kata Umairah, sokongan dan doa berterusan daripada keluarga menjadi sumber kekuatan utama buat dirinya untuk kekal kuat menempuh fasa penghijrahan ini."Alhamdulillah sepanjang saya berhijab ini semuanya baik-baik saja. Cuma ujiannya untuk kita kekal istiqamah. "Kadang rasa nak bertudung labuh, kadang rasa nak tudung singkat. Biasalah. Umairah terus kuat dengan sokongan dan doa daripada keluarga."Tanpa doa-doa daripada keluarga, saya rasa tidak akan sekuat ini," ujarnya.Pada 18 Oktober tahun lalu, Umairah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto berhijab buat pertama kali. Sejak itu, Umairah dilihat konsisten tampil dengan imej berhijab dan tidak lagi berkongsi sebarang foto tanpa bertudung di akaun media sosial miliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube