PELAKON Aniq Suhair terpaksa menerima enam jahitan selepas mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharunya, Bisikan Nafsu pada Khamis. Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkata, kejadian tersebut berlaku pada hari terakhir penggambaran ketika dia sedang menjayakan satu babak yang memerlukan komitmen fizikal tinggi. "Malang memang tak berbau. Semalam (Khamis) merupakan hari terakhir di set penggambaran filem Bisikan Nafsu. Ada satu babak perlukan komitmen Aniq dan cuba untuk buat yang terbaik. Aniq menerima enam jahitan akibat kecederaan lutut. "Babak itu Aniq kena melompat dari tembok turun ke sungai besar dan pergi ke seberang tetapi nak dijadikan cerita Aniq tergelincir, kaki tersadung di batu dan dapatlah enam jahitan," katanya. Aniq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam hantaran sama, Aniq turut memuat naik foto menunjukkan kecederaan di bahagian lutut yang koyak. ARTIKEL BERKAITAN: Hati sedang berbunga, Aniq Suhair dalam fasa kenal pelakon perempuan... “Keluarga pun belum tahu lagi”ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair terkejut terima berita pemergian Dharma Harun, tak sangka drama Ayah lakonan terakhir arwahSusulan itu, Aniq memaklumkan dia perlu berehat buat sementara waktu dan mengelakkan sebarang aktiviti berat yang melibatkan pergerakan kaki."Untuk sementara ini nampaknya memang kena rehat. "Tiada sebarang aktiviti berat untuk kaki buat masa ini. Doakan Aniq cepat sembuh," ujarnya. Aniq (kiri) baharu selesai menjalani filem Bisikan Nafsu.Sementara itu, Aniq turut merakamkan penghargaan kepada pihak perubatan serta pasukan produksi yang bertindak pantas membantunya selepas insiden berkenaan."Terima kasih tak terhingga kepada jururawat, doktor dan seluruh kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Besi atas layanan yang sangat baik dan tindakan pantas merawat Aniq. "Terima kasih juga kepada pasukan produksi yang terus hantar Aniq ke klinik. Aniq hargai sangat," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube