suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati sedang berbunga, Aniq Suhair dalam fasa kenal pelakon perempuan... “Keluarga pun belum tahu lagi”

PELAKON Aniq Suhair kini berada dalam fasa mengenali hati seorang pelakon wanita sebelum membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya.

Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata dia enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan kerana bimbang hubungan mereka terputus di tengah jalan.

“Sekarang ini saya sedang mengenali seseorang, kalau sudah sampai masanya untuk berkahwin, saya akan maklumkan. Ya benar, dia juga merupakan seseorang yang dalam industri (pelakon perempuan).

“Kalau ada jodoh, saya memang mahu ke arah yang lebih serius dan saya sudah bersedia nak berkahwin. Buat masa sekarang, keluarga (saya) belum tahu lagi tentang perkara ini,” katanya kepada mStar.

Aniq memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas pelancaran platform penstriman digital (OTT), UTV di Zepp, Kuala Lumpur baru-baru ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi