suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai baju pengantin hanya ‘marketing’ produk, Amira Othman tiada niat cipta spekulasi kahwin

KETIKA kecoh mengenai gosip pernikahannya dengan pelakon Fattah Amin, penyanyi Amira Othman tampil menjawab video tular memaparkan penyangkut baju dengan abjad A dan F ketika dia menggayakan busana pengantin, baru-baru ini.

Menafikan khabar angin tersebut, Amira atau nama sebenar, Nadia Amira Othman, 31, menjelaskan video itu merupakan sebahagian strategi pemasaran sebuah produk.

“Bagi saya masing-masing ada cara untuk promosikan produk cara mereka.

“Untuk yang promosikan koleksi pengantin itu, semestinya saya kena pakai baju pengantin, cincin dan sebagainya. Tapi urusan kecil itu, mungkin mereka (klien) ada terlepas pandang,” katanya kepada mStar.

Amira memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas pelancaran platform penstriman digital (OTT), UTV di Zepp, Kuala Lumpur pada Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi