suria

Aaron Aziz reda tak dapat semula RM90,000, agensi umrah pun dah tutup... Niat bantu jemaah

HARAPAN pelakon Datuk Aaron Aziz untuk mendapatkan kembali duit pendahuluan sebanyak RM90,000 yang dikeluarkan bagi membantu jemaah umrah terkandas nampaknya terpaksa dilupakan.

Aaron, 49, berkata wang tersebut tidak dapat dikembalikan selepas syarikat pengurusan haji dan umrah berkenaan menutup operasi mereka.

Dia bagaimanapun reda dengan situasi itu asalkan jemaah yang dibantu selamat menunaikan ibadah umrah.

“Saya memang tidak akan dapat duit saya kembali dan saya rela dengan perkara tersebut. Asalkan jemaah (umrah) itu tidak kena tipu dan kena aniaya. Jaga kebajikan jemaah itu adalah lebih penting.

“Agensi tersebut juga sudah tutup dan mereka tidak beroperasi lagi. Kalau tengok sosial media mereka pun, semuanya sudah tutup,” katanya kepada mStar.

Aaron berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran platform SocialCeleb yang merupakan satu inisiatif untuk mencari bakat digital di negara ini pada Selasa.

Terdahulu, Aaron mendedahkan dia terpaksa mendahulukan RM90,000 bagi menyelesaikan masalah sekumpulan jemaah yang terkandas gara-gara kecuaian pihak pengurusan berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi