suria

‘Lebih Indah Berpisah’ digugurkan sebagai OST drama? Bella Astillah tak tahu, syukur peminat ambil berat

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah tidak mengetahui mengenai khabar mendakwa lagu baharu nyanyiannya berjudul Lebih Indah Berpisah ciptaan Ade Govinda telah dikeluarkan daripada menjadi runut bunyi drama Hilang Dalam Rindu.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata segala urusan berkaitan lagu tersebut dikendalikan oleh pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

“Yang itu saya tidak boleh nak cakap apa sebab Universal Music yang uruskan. Saya pun tak dimaklumkan tentang perkara itu. Pilih atau tak, saya tak tahu. Saya sendiri pun tak tahu lagu itu dipilih,” katanya kepada mStar.

Bella berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran platform SocialCeleb yang merupakan satu inisiatif untuk mencari bakat digital di negara ini pada Selasa.

Meskipun lagu tersebut tidak lagi digunakan sebagai OST, Bella memberitahu dia tetap menghargai sokongan peminat.

“Alhamdulillah, saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing (tak bersetuju lagu itu dikeluarkan). Apa yang penting saya nak ucap terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa ambil berat dan masih mendengar lagu itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi