suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salamiah Hassan garang orangnya, Atilia hanya kongsi masalah besar sahaja dengan ibu

PENYANYI Atilia Haron mendedahkan ibunya iaitu Salamiah Hassan merupakan individu yang banyak membantu dalam perjalanan karier seninya.

Berkongsi perkara itu, Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, berkata ibunya sering memberikan nasihat dan teguran dalam setiap perkara dilakukan sehingga sekarang.

“Saya kalau ada masalah yang boleh diuruskan saya akan selesaikan sendiri tapi kalau macam berat, memang akan cerita dekat mak.

“Saya khuatir kalau cerita dekat mak nanti dia akan serap masalah itu. Jadi saya bahagikan perkara itu supaya tak berikan kesan pada mak saya.

“Mak saya selalu pesan untuk menjadi diri sendiri kalau nak lakukan apa sekali pun. Jadi, nanti orang akan faham diri saya ini macam mana,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi