PELAWAK dan pengacara Namie mendedahkan dia pernah menjadi saksi mata kepada kejadian buli ketika berkhidmat sebagai guru sekolah.
Menurut Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 29, bukan sahaja guru perlu memainkan peranan penting dalam membanteras gejala itu, malah ibu bapa juga harus mengambil tahu tentang keadaan anak-anak mereka.
“Isu buli ini saya pernah jadi saksi mata waktu mengajar di sekolah. Dan saya selesaikan macam mana cikgu perlu buatlahkan. Tapi bagi saya, ibu bapa pun kena pantau anak-anak mereka.
“Bukan pantau dari segi mahu tahu anak baik atau tidak, tapi apa sebenarnya mereka alami di sekolah. Saya terapkan perkara ini dekat anak-anak saya sebab ada yang tidak suka bercerita. Mungkin mereka rasa mak bapa tak percaya mereka,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































