suria

Bekas vokalis Projector Band dilarang nyanyi lagu, Iskandar masih terbuka untuk berdamai dengan kumpulan lama

BEKAS vokalis Projector Band, Iskandar Dzulqarnain memberitahu dia tidak lagi akan menyanyi lagu baru kumpulan berkenaan meskipun terdapat permintaan daripada peminat.

Iskandar, 24, memberitahu ia susulan salah seorang ahli kumpulan berkenaan melarangnya daripada membuat persembahan menggunakan lagu Sinar Pelangi daripada kumpulan itu.

“Untuk semua lagu Projector Band ada sembilan lagu lama dan semua itu boleh menyanyi cuma lagu baru yang tak boleh iaitu Sinar Pelangi.

“Lagu Sinar Pelangi Itu saya tak nak menyanyi tapi bila pergi mana-mana acara pun tak akan menyanyi. Cumanya ada permintaan daripada peminat yang mahu saya nyanyi lagu itu. 

“Tapi saya ada dengar juga pihak sebelah sana bercakap saya tiada jati diri atau hormat (kepada mereka). Jadinya, ada permintaan yang saya tolak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi