TINDAKAN penyanyi Aisha Retno menari dan gelek sakan bersama rakan selebriti dalam sebuah video mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.
Mengulas perkara itu, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata dia mengambil maklum segala teguran diberikan dan memohon maaf atas kelakuannya itu.
“Apa yang saya boleh ulas untuk tutup cerita ini adalah kalau ada yang tak berpuas hati jadi saya minta maaf dan akan perbaiki segala kesilapan.
“Niat saya hanya untuk menari saja dan suka menjadi anak seni jadi kalau sesiapa yang kenal saya selama lima tahun mungkin akan tahu apa yang saya lakukan akan bersungguh-sungguh.
“Saya baca juga komen netizen mungkin pakaian, gaya serta reaksi saya tu membuatkan ramai kurang senang… semestinya saya dengar segala teguran tu sebab hujung-hujung nanti mereka juga akan dengar lagu saya,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan terbaharu, Aisha baru saja melancarkan album pertamanya berjudul R.e.h.a.b pada awal Ogos lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































