FLASHBACK kali ini akan mengimbau penglibatan karier Datuk Remy Ishak sewaktu awal kemunculan sebagai pelakon sekitar tahun 2004.
Memulakan karier sekitar tahun 2004, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 43, memberitahu bukan mudah untuknya memasuki industri hiburan ini.
Cerita Remy, dia pernah menyertai beberapa ujibakat lakonan namun ditolak pada awal kemunculan kerana tidak memiliki rupa paras dikehendaki.
“Saya bermula aktif pada tahun 2004 kemudian fokus lakonan sekitar tahun 2007... saya jadi pelakon ni tanpa pergi mana-mana sekolah filem untuk belajar kerana kos agak mahal ketika itu.
“Saya ingat lagi pernah waktu awal-awal jadi pelakon dulu saya mencuba pelbagai uji bakat dan kemudiannya ditolak disebabkan tidak memiliki rupa paras, waktu tu saya mencuba uji bakat menjadi pelakon sampingan bukannya watak utama.
“Yang saya faham ketika itu saya ditolak sebab tidak memiliki pakej atau rupa paras untuk jadi pelakon, tapi syukur Alhamdulilah apabila lepas beberapa kali ditolak saya berjumpa pengarah Osman Ali pengarah pertama percaya dengan bakat saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

































































































































































