suria

Shahz Jaszle kena tegur depan isteri, ada makcik bengang watak Farouq

PELAKON Shahz Jaszle tetap tenang meskipun menerima kecaman gara-gara watak Farouq dalam drama Seadanya Kita.

Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 37, berkata dia menerima komen diberikan dengan hati terbuka malah sudah menjangkakan watak berkenaan akan meninggalkan kesan kepada penonton.

“Masa mula-mula penggambaran drama ini saya sudah boleh agak drama ini akan menjadi tular, tugas saya sebagai pelakon kena jalankan tanggungjawab dengan baik dan Alhamdulilah orang memang benci saya disebabkan watak Farouq tu.

“Sebenarnya banyak juga saya terima negatif komen terutama sekali komen di sosial media… tapi saya ambil perkara itu sebagai positif sebab lagi orang marah atau benci maknanya watak itu menjadi.

“Pernah saya keluar dengan isteri pun ada mak cik tegur saya dan tak suka dengan saya sebabkan watak tu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi