suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jasmine Suraya dapat tawaran berlakon di Amerika Syarikat, cari kekasih mat salih

PELAKON Jasmine Suraya memilih untuk terus menetap di Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute, Los Angeles (LA).

Menurut Jasmine, 36, keputusan itu dibuat selepas dia menerima banyak peluang berlakon di negara berkenaan.

“Saya ada sebuah projek filem di Amerika Syarikat pada Oktober ini tapi tak banyak boleh dikongsikan cuma ia filem aksi jadi hanya balik Malaysia sekejap saja.

“Ya saya memang menetap terus di sana sebab ada tawaran berlakon malah ada agensi serta pengurus yang menjaga saya di negara itu.

“Selepas tamat belajar itu... syukur sebab saya dapat visa pekerjaan di sana, kemudian dapat jumpa pengurusan pula, jadi apa salahnya saya lebarkan sayap.

“Tapi kalau ada tawaran di Malaysia, saya akan berulang-alik,” katanya kepada mStar.

Pada tahun lalu, Jasmine melanjutkan pengajian dalam bidang lakonan di akademi lakonan Lee Strasberg Theathre and Film Institue, Los Angeles (LA).

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi