suria

Pasang niat mahu kahwin lagi, Idzham Ismail dilabel duda miang tak hormat bekas isteri

SELEPAS bercerai tahun lalu, pelakon Idzham Ismail memberitahu dia menerima pelbagai komen negatif termasuklah pandangan sinis netizen.

Menurut Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 37, dia juga terpaksa berdepan pelbagai spekulasi selepas ikatan perkahwinannya dengan isteri iaitu Nur Abilah Shamsudin berakhir.

“Saya pernah buat live di TikTok kemudian ada pengikut komen negatif dan cakap saya jahat, duda gatal…nak kahwin cepat, tak hormat bekas bini. Bagi saya tak salah pun kalau nak berkahwin lagi.

“Saya sudah buat yang terbaik dulu, kalau ada spekulasi daripada orang luar mengenai saya, biarkan itu fikiran mereka.

“Biarlah nak bercakap apa pun tentang saya tapi saya minta satu saja tolong hormat saja, orang nak cakap saya jahat tak apa, biarkan saja, Tuhan ada nanti saya kutip pahala di akhirat kelak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi