TAMPIL dengan imej berhijab, penyanyi Umairah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik beberapa foto terbaharunya yang mengenakan tudung.
Ditanya tentang perubahan itu, Umairah atau mesra disapa Umai, 14, hanya meminta doa buat dia dan keluarga.
"Doakan saya dan keluarga ya," katanya ringkas kepada mStar.

Umai muat naik foto berhijab sejak 18 Oktober lalu.
Sementara itu menerusi beberapa hantaran di sosial media, ramai memuji penampilan terbaharu yang kelihatan manis dan sopan.
Malah tidak kurang juga peminat terus menyokong penyanyi ini untuk kekal dengan imej sebegitu.
"Umai nampak cantik bila bertudung, semoga terus kekal istiqamah ya.
"Alhamdulillah Umai dah berhijab, nampak manis sangat.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza nampak bakat luar biasa Umai sejak kecil, pesan anak saudara jangan abai pelajaran
ARTIKEL BERKAITAN: Umai bangga lihat Amad makin bersinar dalam industri, tak rasa kena ‘overshadow’
"Cantiknya bidadari ni… Perlahan-lahan istiqamah dan semoga berjaya dalam pelajaran serta kerjaya," tulis netizen.
Umai mula mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar berhijab buat pertama kali pada 18 Oktober lalu.
Sejak itu, Umai dilihat konsisten tampil dengan imej berhijab dan tidak lagi berkongsi sebarang foto tanpa bertudung di akaun media sosial miliknya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


