PELAKON Fasha Sandha yang masih dalam tempoh berpantang selepas mengalami keguguran baru-baru ini tetap meluangkan masa menziarahi aktres Amyza Aznan susulan pemergian anak sulungnya akibat kanser paru-paru tahap tiga pada Isnin.Menurut Fasha, walaupun dia sendiri sedang melalui detik sukar, namun ujian yang menimpa Amyza disifatkan jauh lebih berat dan menyentuh hati. “Kesedihan saya itu tidaklah sebesar kesedihan kak Amyza. Sebab itu, walaupun saya sedang berehat dan kena duduk rumah tapi rasa tak sedap hati. Saya kena datang melawatnya.Fasha tak sanggup biar sahabat berduka sendirian."Kak Amyza antara pelakon senior yang saya rapat. Kami pun baru berjumpa dalam sebuah acara. Tak sangka benda ini jadi bertubi-tubi terhadap dirinya," katanya kepada mStar. Dalam masa sama, Fasha turut mengambil inisiatif memuat naik hantaran di media sosial bagi mengajak orang ramai membantu meringankan beban Amyza daripada segi kewangan.Fasha berkata, sumbangan kecil walaupun sekadar RM1 jika dikumpulkan dalam kalangan pengikutnya mampu memberi impak besar kepada sahabatnya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha alami keguguran, usia kandungan dah 10 mingguARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia“Saya baru buat posting untuk anak dia bagi memohon bantuan daripada pengikut saya membantu walaupun RM1."Kalau 10 atau 20 peratus pengikut saya bantu walaupun seringgit, ia akan jadi jumlah yang banyak untuknya. "Tambah pula, sekarang ini dia tak dapat bekerja. Dalam keadaan sedang bersedih, sudah tentu dia tak dapat nak fokus dengan kerja. Fasha mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu. "Saya harap dengan bantuan yang dibuat ini, bukan sahaja dapat memberikan semangat, malah membantunya daripada segi kewangan."Kita semua kena beri sokongan kepadanya dan sebab itulah saya hadir hari ini (semalam) untuk melawat kak Amyza. Terdahulu anak sulung kepada Amyza iaitu Andre Mikhail telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin akibat kanser paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube