USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia mengalami kerugian hampir RM1 juta susulan akaun TikTok miliknya disekat daripada melakukan sesi siaran langsung.Terpaksa menerima hakikat tindakan dikenakan terhadap akaunnya itu, Aliff, 39, berkata platform tersebut menjadi antara medium utama dia melakukan jualan produk keluaran syarikat. "Saya mula sedar akaun TikTok saya kena sekat sejak Rabu. Saya tak boleh nak buat live sedangkan di situlah boleh dapat keuntungan besar daripada jualan produk.Aliff menunjukkan notifikasi daripada TikTok. "Dalam tempoh empat hari ini, rasanya saya dah rugi hampir RM1 juta," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.Aliff sebelum itu berkongsi perkara berkenaan di laman media sosial miliknya dengan menunjukkan tetapan akaun TikTok @papalarisofficial hanya dibenarkan membuat sesi siaran langsung bermula 15 Julai 2031.Tambahnya, tindakan sekatan tersebut turut memberi kesan kepada emosinya sehingga dia berasa kemurungan.ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri simpan hasrat ‘lamar’ Siti Nurhaliza, sedar tak mampu bayar Biduanita Negara sebagai duta ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bakal terbit drama pendek, janji tak hasilkan karya syok sendiri"Memang sangat sedih dan saya dah puas menangis. Hidup saya macam dah tiada erti sebab tak boleh nak berniaga."Saya berkurung dalam bilik dan kemurungan," jelasnya.Bercakap lanjut, Aliff juga tidak mengetahui punca sebenar sekatan tersebut dilaksanakan.Sebagai usahawan, akaun media sosial penting buat Aliff. Malah, dia kini terpaksa membuka akaun baharu dan berharap perniagaan secara dalam talian akan terus berjalan lancar."Banyak perkara sensitif yang tidak boleh buat ketika live di TikTok, jadi saya pun tak tahu apa puncanya."Hidup ini kena teruskan, jadi saya buat akaun baharu," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!