suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meerqeen terpaksa langgar prinsip, terlibat drama seram sebelum adik berusia 10 tahun

Meerqeen amalkan doa pendinding semasa berada di lokasi penggambaran seram.

PELAKON Meerqeen terpaksa mengetepikan prinsip yang dipegang selama ini apabila membintangi drama bergenre seram berjudul Dia Perempuan Sialan.

Menurut Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, sebelum ini dia bertekad untuk tidak membintangi sebarang naskhah seram sehingga adik bongsunya berusia 10 tahun.

Namun berlainan dengan karya kali ini apabila dia hanya mengetahui genre drama berkenaan berkonsepkan seram ketika menghadiri sesi pembacaan skrip.

Meerqeen tetap ikhlas berkarya dalam drama terbaharuya.

"Saya letak matlamat untuk tidak buat karya seram sehingga adik saya berusia 10 tahun. Sekarang ini dia baru lima tahun.

"Memang saya langgar prinsip sendiri, tetapi saya hanya tahu ia drama seram ketika sesi pembacaan skrip. Bagi saya, tanggungjawab tetap tanggungjawab, jadi saya jalankan amanah itu dengan ikhlas," katanya kepada mStar.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Meerqeen berkata dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga, terutama apabila menjalani penggambaran di lokasi yang dianggap 'keras'.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen ke Bali atas urusan kerja bukan 'dating'

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Meerqeen dah pakai saiz XL, lebih tenang lepas ‘screen time’ turun jadi 6 jam

Malah, katanya, sebahagian penggambaran dilakukan di Pulau Carey dan ada masanya dia bersama kru terpaksa bermalam di lokasi kerana jadual kerja berlanjutan sehingga awal pagi.

"Saya ada adik kecil, jadi saya memang akan mandi dan bersihkan diri dahulu sebelum masuk rumah.

"Saya rasa setiap orang di set pun ada doa masing-masing dan minta pendinding daripada Tuhan," ujarnya.

Dalam pada itu, Meerqeen mengakui dirinya seorang yang penakut, namun lebih gentar berdepan manusia berbanding makhluk halus.

Meerqeen akui dirinya seorang yang penakut.

"Jujur cakap saya memang seorang penakut, tetapi saya lebih takut orang sebab orang lebih bahaya.

"Saya tak pernah nampak hantu dan tak pernah ada pengalaman dengan hantu, tetapi saya pernah berdepan dengan orang. Jadi, bagi saya manusia lebih menakutkan," kongsinya.

Sementara Meeqeen, Dia Perempuan Sialan yang diilhamkan oleh Erma Fatima turut dibintangi Hannah Delisha, Caitlin Halderman serta barisan pelakon lain.

Drama tersebut dijadualkan menemui penonton secara eksklusif menerusi platform Viu bermula September depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain