suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Siti Hasmah seorang tokoh wanita penyayang, lemah lembut, miliki sifat keibuan tinggi - Siti Nurhaliza

Siti menyifatkan pemergian Tun Siti Hasmah (kiri) sebagai satu kehilangan besar.

BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai satu kehilangan yang amat besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Siti Nurhaliza atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkata sumbangan dan bakti yang dicurahkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu meninggalkan kesan yang luar biasa terhadap negara. 

"Pemergian Allahyarhamah adalah satu kehilangan yang amat besar buat seluruh rakyat Malaysia memandangkan jasa dan sumbangannya yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Siti menganggap Tun Siti Hasmah sebagai tokoh wanita yang hebat.

Mengimbas keperibadian Tun Hasmah, Siti Nurhaliza menyifatkan Allahyarham sebagai figura yang amat dihormati kerana sentiasa menunjukkan sikap penyayang kepada setiap insan yang mendampinginya.

"Allahyarham yang disifatkannya sebagai seorang tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq tangguh sidang media kahwin, terkejut berita pemergian Tun Siti Hasmah... “Kalaulah tahu itu pertemuan terakhir kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ingat pertemuan terakhir, Tun Siti Hasmah tegur Zizi Kirana... “Kenapa tangan sejuk?”

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut menitipkan doa khusus buat Tun Dr Mahathir agar terus tabah dan diberikan kekuatan selepas pemergian isteri tercinta. 

"Saya mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini," katanya. 

Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Tun Siti Hasmah meninggal dunia