suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“This breaks my heart” – Bella Astillah sebak lihat wajah sayu Tun Mahathir

Bella (tiga dari kiri) tidak dapat menahan sebak melihat raut wajah Tun M (kanan) sewaktu acara pengebumian.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah meluahkan rasa sebak melihat rakaman foto memaparkan keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pengebumian isterinya iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi satu hantaran di Instastory, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, mengakui sedih melihat situasi berkenaan selain menyifatkannya momen itu telah menyentuh hatinya.

"This breaks my heart (Ini benar-benar meruntun hati saya).

Bella (kanan) sebelum ini sempat bertemu dengan Tun Siti Hasmah.

Bella (kanan) sebelum ini sempat bertemu dengan Tun Siti Hasmah.

"Allahuakbar," tulisnya.

Bersama kapsyen berkenaan, Bella berkongsi sekeping foto memaparkan Tun Dr Mahathir berada di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq tangguh sidang media kahwin, terkejut berita pemergian Tun Siti Hasmah... “Kalaulah tahu itu pertemuan terakhir kita”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hampir 2 jam berguru“ - Syed Saddiq dan Bella Astillah hantar kad kahwin, ambil nasihat Wan Azizah

Sebelum ini, Bella dan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membatalkan sidang media berkaitan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada petang Isnin.

Keputusan itu dibuat susulan pemergian Tun Dr Siti Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perancangan yang telah diatur bagi memberi ruang kepada Syed Saddiq untuk bersama keluarga menghadiri urusan pengebumian Allahyarham.

Artikel Lain